Pada 12 Ogos, PI Taman Muhibbah telah berjaya melaksanakan program Literasi ICT dan Dashboard Komuniti di perkarangan PI. Seramai 70 pengunjung menghadiri program ini. PI1M mendapat kerjasama dari pihak KOSPEN untuk membantu dalam pemeriksaan kesihatan. Pelbagai permainan dan aktiviti disediakan, seperti pertandingan menaip pantas, teka-teki, dan silangkata. Selain itu, petugas juga memberi penerangan dan tunjuk ajar tentang penggunaan Dashboard Komuniti kepada golongan terlibat seperti usahawan.