Menjadi satu acara tahunan bagi Tabika Perpaduan Desa Damai Selatan untuk dating ke PEDI Taman Muhibbah. Acara ini dijadikan lawatan sambil belajar. Ini kerana jarak yang agak jauh berbanding tabika lain. Guru juga perlu menyewa bas untuk menampung jumlah kanak-kanak terlibat.

Sebelum dating ke PEDI Taman Muhibbah, guru hanya mengajar menggunakan Flash Card dan penulisan sahaj.

Semasa lawatan diadakan, kanak-kanak menjadi sangat seronok dan mempunyai sifat ingin tahu yang lebih tinggi kerana dapat menggunakan computer dan pelbagai aplikasi yang disediakan.

Antara aktiviti yang di lakukan adalah mewarna dalam talian dan menyusun ABC.

Nama : Fatin Umira

Umur : 31 tahun

Ahli : 2017

Latar Belakang

Fatin bermula dengan berniaga dari rumah. Perniagaan Fatin berasaskan makanan, beliau menyedia dan memasaknya sendiri. Antara yang paling popular adalah kek batik. Hanya satu produk pada awalnya. Lama kelamaan, beliau mula menghasilkan biskut raya seperti Florentine, kuih sampan, Almond London. Kuih dan biskut ini dihasilkan sepanjang tahun, bukan hanya pada musim perayaan. Selepas memiliki kedai sendiri beliau mula mencipta aiskrim Malaysia mengikut resepi sendiri. Ternyata beliau seorang yang sangat kreatif dan berinovasi. Beliau mnghantar pesanan sendiri kepada pelanggan. Sebelum mempunyai kedai sendiri, beliau banyak menyertai car boot sales di serata Bentong. Selepas memperkenalkan aiskrim Malaysia,beliau membeli mesin untuk membuat aiskrim popsikel,aiskrim dalam bekas dan juga aiskrim potong di kenduri atau sebarang majlis.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Keuntungan kecil

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Keuntungan makin meningkat dan perniagaan makin dikenali kerana mempromosi perniagaan melalui media social seperti Facebook dan Instagram dan status Whatsapp.

Nama : Tadika Perpaduan

Umur : -

Ahli : 2016

Latar Belakang

Menjadi satu acara tahunan bagi Tabika Perpaduan untuk datang ke Pusat Internet Taman Muhibbah. Kedatangan ini dinamakan Lawatan Sambil Belajar. Walaupun terpaksa menyewa bas untuk ke Pusat Internet, guru tetap sanggup kerana terdapat pelabagai kemudahan dan ilmu yang diberi. Selain itu, Pusat Internet turut memberi cenderahati dan pelbagai hadiah kepada semua pelajar. Selain itu, mereka turut mendapat hadiah jika memenagi sebarang pertandingan atau kuiz yang diadakan semasa lawatan. Pelajar kelihatan sangat seronok dan teruja kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru dan menarik. Tambahan lagi, kemudahan yang terdapat di Pusat Internet tidak boleh didapati di tabika mereka.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Ramai pelajar yang tidak biasa dan tidak pernah menggunakan komputer

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Mula mahir dan sangat berminat dengan komputer dan E-Pembelajaran

Nama : Izarida binti Kulop Mat Isa

Umur : 31 tahun

Ahli : 2016

Latar Belakang

Izarida berhenti kerja selepas mempunyai 2 orang anak, jadi beliau memulakan perniagaan dari rumah. Menjual kek dan pelbagai produk keluaran Mamasab. Beliau menjadi ejen dan mengedarkan produk tersebut sekitar Bentong. Selain itu, beliau turut menjadi ejen bagi produk kosmetik jenama Nurraysa. Mula menjual kepada keluarga kenalan terdekat secara offline,iaitu mulut ke mulut. Selepas menyertai kelas E-Usahawan di Pusat Internet Taman Muhibbah, beliau mula mempromosi perniagaan di platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan status Whatsapp.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Keuntungan rendah

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Keuntungan makin meningkat dan perniagaan makin dikenali.

Nama : Liza Ayam Cheese

Umur : 43 tahun

Ahli : 2019

Latar Belakang

Liza merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mula berniaga kerana mengisi masa terluang kerana anak-anak telah meningkat dewasa dan bersekolah. Pada mulanya beliau hanya menjual serbuk keju segera. Selepas itu mendapat idea untuk menjual ayam goreng keju kerana makanan tersebut sedang hangat diperkatakan berasal dari Korea. Perniagaan beliau semakin laris kerana menggoreng dan menghantar ayam tersebut pada bila-bila masa dan masih alam keadaan panas.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Berminat dengan teknologi namun tidak berkesempatan untuk belajar lebih tinggi

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Mula mencipta stiker, banner, bunting iklan sendiri

Sub-kategori

Salon Mama Muslimah mula dibuka pada awal tahun 2017. Pemilik merupakan suami isteri yang masih muda. Mula membuka salon selepas gagal dalam beberapa jenis perniagaan sebelum ini. Salon ini berkonsepkan muslimah.

Nirwana memulakan khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah dan memperoleh pendapatan sekitar RM40.00-RM200.00 sebulan. Selepas menyertai kelas yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah, pendapatan mereka bertambah kepada RM600.00 sebulan. 

Muhamad Arif berperanan mengiklankan salon mereka melalui pages dan facebook. Promosi dilakukan secara bergambar dan video ternyata sangat menarik minat pelanggan.

Pelanggan mereka bukan sahaja dari penduduk tempatan, bahkan ada yang sanggup datang dari Raub dan Karak untuk mendapatkan khidmat mereka.