Kementerian Pendidikan dahulunya dikenali sebagai Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk:

  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara

Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, yang kelapan belas merupakan Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid dibantu timbalan Menteri, Dato' P. Kamalanathan & Senator Datuk Chong Sin Woon, Menteri Pendidikan Malaysia berganti lagi kepada Dr. Maszlee Malik dan kemudiannya barulah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Kursus Hospitaliti

Kolej Yayasan Felda Mempaga menawarkan Kursus Hospitaliti seperti:-
i) Kulinari
ii) Pastri
iii) Bakeri
iv) Pramusaji
v) Pembantu Atendan Bilik 
vi) Kerani Kaunter Hadapan

Kursus ini menggunapakai modul pengajaran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Tempoh pengajian bagi kursus adalah selama 6 bulan setiap tahap. Pengajian kursus sehingga Tahap 2 kecuali Kursus Kulinari yang ditawarkan hingga Tahap 3. Mereka yang mengikut kursus ini memperolehi kemahiran menyediakan pelbagai makanan dalam industri makanan, melayan pelanggan dengan berkesan dan kaedah mengemas bilik yang betul.

Anak muda yang tidak tahu erti malu dan tidak mahu menyusahkan ibubapa mula memberi perkhidmatan penghantaran dengan caj bayaran seikhlas hati. Perkhidmatan yang disediakan termasuk mengeluarkan wang dari bank, membeli barang dapur, menghantar dan mengambil barangan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Semua ini dilakukan tanpa caj yang khusus. Kenderaan yang digunakan adalah motosikal dan kereta,mengikut kesesuain barang dan jarak.Anak muda yang tidak tahu erti malu dan tidak mahu menyusahkan ibubapa mula memberi perkhidmatan penghantaran dengan caj bayaran seikhlas hati. Perkhidmatan yang disediakan termasuk mengeluarkan wang dari bank, membeli barang dapur, menghantar dan mengambil barangan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Semua ini dilakukan tanpa caj yang khusus. Kenderaan yang digunakan adalah motosikal dan kereta,mengikut kesesuain barang dan jarak.

Apa itu TVET?

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVETadalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekananutama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompetendalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

Tujuan TVET diperkenalkan?

Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbangkepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan,kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. TVET dengan mengupayakan pendekatan yang diterajui industri adalah penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomike arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju padatahun 2020. 

Agensi dan intitusi yang terlibat dengan TVET?

Dua institusi TVET awam telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menyediakan latihankemahiran kepada belia, iaitu Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Dusun Tua danInstitut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Kini lebih daripada 500 institusi TVET awam yang menawarkan pelbagai program TVET bagi semua peringkat pendidikan.

Kumpulan / Tumpuan sasaran TVET?

Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi SijilPelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Lepasan SPM berpeluanguntuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam programTVET yang berkemahiran tinggi. Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalamakademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan SistemLatihan Dual Nasional (SLDN).

Kelayakan minimum bagi memasuki institusi TVET?

Kelayakan minimum bagi kemasukan ke institusi-institusi TVET adalah berdasarkan tawaranyang dikeluarkan kementerian/agensi yang melaksanakan program.

Apakah keistimewaan yang diperolehi apabila menyambung pelajaran dalam bidang TVET?

Lulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal denganlebih baik berbanding lulusan program akademik. Kelebihan ini berpotensi untuk membukalebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaankepada lulusan TVET.

NFO BIDANG

Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Kursus ini adalah pendedahan kepada murid kepada asas Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan Elektrik & Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor dwikutub, elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek. Ia juga membantu murid untuk memahami komponen-komponen elektrik dan elektronik serta simbol-simbolnya.

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Kursus ini melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan mesin serta alat tangan. Murid juga akan didedahkan kepada pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatic dan robotik asas. Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada pemahaman konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal serta kemahiran berkaitan

Pengajian Kejuruteraan Awam

Kursus ini memberi pendedahan kepada murid berkaitan pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran. Murid juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran secara teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan untuk membentuk kesedaran murid agar peka terhadap alam sekitar dan menyemai minat dalam kerja-kerja penyelidikan, merekabentuk, menganalisis dan bertindak berasaskan fakta.

Perdagangan

Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada murid berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk membina asas yang kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk murid mempelajari amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.

Sains Pertanian

Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip dan amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian dan pengurusan ladang. Murid didedahkan kepada pengetahuan, kemahiran dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai suatu perniagaan. Murid juga akan mempelajari tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran ternakan serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu pengeluaran. Aspek teknologi dalam pertanian juga diberi penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja amali dan kerja kursus.

Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik atau sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

  • Program ini merangkumi dua (2) tahun pengajian di peringkat Sijil dan dua (2) tahun 6 (6) bulan di peringkat Diploma (termasuk lima (5) bulan On The Job Training)
  • Murid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Murid yang dianugerahkan SVM dan melepasi syarat kemasukan layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama
  • Murid yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma akan menyambung pengajian di Kolej Vokasional yang sama dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai
  • Murid yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Matlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan kompeten bagi memenuhi keperluan industri dan entrepreneur

Ramai belia Bentong melibatkan diri dalam bidang sukan digimnasium. Sukan yang jarang diceburi tanpa minat dan kesabaran yang tinggi. Kerana itu, sering diadakan pertandngan Orang Kuat Bentong. Antara aktiviti adalah Bar bento, menolak tayar, gusti lengan dan pelbagai lagi. Sukan ini memerlukan disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Hasil tersebut antaranya adalah mendapat bentuk badan yang diingini seperti lengan yang besar, perut yang kempis dan badan yang tegap.