Ramai belia Bentong melibatkan diri dalam bidang sukan digimnasium. Sukan yang jarang diceburi tanpa minat dan kesabaran yang tinggi. Kerana itu, sering diadakan pertandngan Orang Kuat Bentong. Antara aktiviti adalah Bar bento, menolak tayar, gusti lengan dan pelbagai lagi. Sukan ini memerlukan disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Hasil tersebut antaranya adalah mendapat bentuk badan yang diingini seperti lengan yang besar, perut yang kempis dan badan yang tegap.