Pada 30 Jun 2011, Kerajaan Pahang bersetuju melantik semula 583 ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang tamat tempoh perkhidmatan. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pelantikan tersebut diputuskan pada mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri. Perlantikan berkuatkuasa pada 31 Disember 2011. Kerajaan negeri melantik semula semua ketua kampung dan pengerusi JKKK setelah mendapat sokongan wakil rakyat yang berpuas hati terhadap tugasan dan prestasi mereka selama ini. Menurut Adnan, kerajaan negeri amat menghargai tugas dan peranan ketua kampung serta pengerusi JKKK dalam membantu melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing. Tugas ketua kampung penting bukan setakat menjaga kemajuan dan keselamatan kampung tetapi membantu kerajaan mencorakkan pembangunan setempat yang memberikan manfaat kepada penduduk. Sehubungan itu, Menteri Besar menasihati mereka yang dilantik semula supaya menggalas tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas dan tidak memilih bulu, budaya, kaum atau fahaman politik. Ketua kampung tegasnya, memainkan peranan besar di peringkat akar umbi kerana menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menentukan maju atau mundur sesebuah kampung serta mukim.

Pada 11.01.2018 mesyuarat pertama JKKK  Kg. Bukit Piatu untuk tahun ini telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Balairaya Kg. Bukit Piatu. Mesyuarat ini membincangkan hala tuju dan perancangan sepanjang tahun 2018. Mesyuarat ini dapat membuat PI lebih dikenali dan diketahui fungsinye agar tidak di pandang negatif.

FUNGSI DAN TUGAS JKKK

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.

Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

Berikut adalah agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan.

JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan

Pada 30 Oktober 2017, Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK) Kg. Bukit Piatu telah mengadakan mesyuarat bulanan. Mesyuarat pada bulan ini sedikit terlewat dari kebiasaan berikutan Setiausaha tidak sihat dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Antara hal utama yang di bincangkan adalah berkenaan lawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) ke Pulau Tioman pada awal bulan Oktober. Selain itu, PI menjadi topik utama kerana pada 29 Oktober 2017 PI Taman Muhibbah baru sahaja selesai melaksanakan Hari Dashboard dan Komuniti bersama masyarakat setempat.

AKTIVITI JKKK 

I. Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan
   oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKK.

II. Memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan
    pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kampung dalam
    mesyuarat JKKK.

III. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh
     tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang
     ditubuhkan.

IV. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK.

V. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan
     memaklumkan kepada JKKK.

VI. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.

VII. Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu
       merancang, melaksana, memantau dan menilai
       aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.

VIII. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK.

IX. Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan
      berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.

X. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan
     selamat.

XI. Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan
      mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk
      mengesahkan kaedah pengumpulan data.

XII. Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.

XIII. Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak
      JKKK. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu
      disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah
      supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.

XIV. Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi
        maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul
        dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan
        tindakan pembangunan kampung.

XV. JKKK perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh
       menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan
       dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk
       memajukan kampung.

XVI. JKKK bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta
        awam dalam kampung sentiasa berkeadaan baik dan boleh
        digunakan.