“JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG” atau singkatan nya JKKK. Kita sering keliru akan fungsi dan tanggungjawab organisasi ini. Kita juga sering tersilap mengandaikan bidang kuasa JKKK ini. JKKK merupakan satu entiti yang berbeza dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memastikan kawasan setempat tidak terpinggir dari arus pembangunan dan keselamatan kawasan sekitar nya sentiasa terpelihara dari sebarang bentuk ancaman. Tetapi harus diingatkan JKKK tidak harus dipisahkan dengan ADUN kerana ADUN mempunyai kuasa dan kelebihan dalam mengendalikan urusan dengan kerajaan pemerintah. Lagipun kebanyakan JKKK pula adalah pengundi dan penyokong pihak ADUN manakala ADUN pula mempunyai pengaruh dan tempat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi kedua-dua nya saling berkait rapat dalam menentukan sesebuah kampung itu menjadi sebuah kampung moden yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Penubuhan JKKK termaktub dalam arahan nombor 3, "Rancangan Pembangunan Negara dan Luar Bandar " yang dilancarkan pada tahun 1962 oleh Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein (Perdana Menteri Malaysia ke 2) . JKKK merupakan satu organisasi yang dilantik oleh kerajaan bagi memimpin dan mengatur masyarakat kampong kearah mencapai kemajuan dan kesempurnaan hidup selaras dengan pembangunan yang dicapai oleh Negara. Oleh itu, JKKK seharusnya bertindak sebagai satu agen penggerak dan pendorong kepada penyatuan dan perpaduan masyarakat kampong melalui program-program pembangunan dan juga hal-hal berkaitan kehidupan setempat. JKKK terletak dibawah Pejabat Daerah dan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat. JKKK tertakluk dibawah kuasa penghulu mukim setempat dan diterajui oleh seorang Pengerusi JKKK. Sebuah organisasi JKKK mempunyai beberapa Jawatan kuasa kecil yang dikenali sebagai biro untuk memastikan organisasi ini dapat ditadbir dengan lancar dan berkesan.

Ahli JKKK kampung ini sangat dekat dengan NADI. Mereka yang banyak mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan oleh NADI. Mereka banyak membantu mempromosikan NADI melalui pengedaran risalah secara manual mahupun melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook. Selain itu, mereka sering bekerjasama dengan KOSPEN dalam segala aktiviti yang dijalankan oleh JKKK.

CARTA ORGANISASI JKKK KG. BUKIT PIATU, BENTONG, PAHANG.

 

 

Nama Ketua Kampung

 

Md Noor Bin Abd Rahman

 

Senarai J.K.K.K

 

 

1.    Pengerusi

Haji Zulkifli Bin Alias

2.    Setiausaha

 

3.    Bendahari

 

 

4.    Ahli Jawatankuasa

 

 

 

  1. Biro Wanita

 

  1. Biro Belia / Sukan & Rekreasi

 

  1. Biro Agama / Dakwah

 

  1. Biro Kebajikan

 

  1. Biro Ekonomi

 

  1. Biro Teknologi Maklumat  

 

  1. Biro Pendidikan

 

  1. Biro Keselamatan

 

  1. Biro Kemudahan Asas

 

  1. Biro Sosial & NGO

 

  1. Biro Kebudayaan / Warisan

 

  1. Biro Gerantologi (Warga Tua)

 

  1. Biro Kesihatan & Kecergasan

 

  1. Biro Keceriaan dan Keindahan

 

 

 

 

Sumber : Buku Profil Kg. Bukit Piatu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bermula Ogos 2016,JKKK Bukit Piatu bertindak membersih dan mengindahkan Taman Rekreasi Bukit Piatu yang telah sedia ada, cuma telah lama tidak di jaga dengan baik.