Kawasan Taman Muhibbah dikatakan sangat strategik kerana terdapat pelbagai kemudahan disediakan kepada penduduk tempatan termasuklah kemudahan dalam aspek pendidikan. Sekitar kawasan Taman Muhibbah telah dibina dua buah sekolah rendah dan sekolah menengah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong. 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong atau nama ringkasnya SMK Bentong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Benus berdekatan kawasan taman-taman perumahan.

        Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong memiliki 348 pelajar lelaki dan 352 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 700 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan serta bilangan guru - guru juga telah meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan pembangunan kawasan setempat. Pelajarnya bukan sahaja berasal dari kawasan setempat malah ad apelajar yang tinggal jauh turut bersekolah di situ.

         Melalui sumber Sekolah Menengah kebaangsaan Bentong, dahulunya ia dikenali dengan nama Sekolah Menengah Aneka Jurusan yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1965. Selama setahun penubuhannya, semua ahli sekolah dan kaki tangan sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Fatimah, Bentong yang berada lebih kurang 5km dari lokasi sebenar Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, berdekatan bandar Bentong pada sesi petang. Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong telah siap dibina pada awal tahun 1966. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya terdiri daripada 3 blok bangunan iaitu 2 blok bangunan untuk pentadbiran dan kelas pembelajaran (Blok A  dan Blok B) dan 1 blok asrama. 

      Pengetua SMK Bentong yang pertama ialah En. Mohd Nor bin Hj. Osman. Akibat pertambahan pelajar, bangunan sekolah telah ditambah pada tahun 1975 iaitu 1 blok asrama dan 1 blok pentadbiran (Blok C). Manakala Blok D dan Blok E siap dibina pada tahun 1988 dan 1990. Menjelang 2010 blok asrama telah dinaik taraf dengan membina bangunan baru asrama yang lebih baik dan selesa. (1 Blok Asrama Perempuan, 1 Blok Asrama Lelaki dan 1 Blok Dewan Makan Asrama).

        Pada peringkat awal penubuhan sekolah, asrama hanya terhad kepada pelajar puteri sahaja. Bermula tahun 1991, asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong dikhususkan kepada pelajar putera dan puteri sahaja. Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong menerima pelajar sekitar daerah Bentong, dari Kg. Benus, Felda Lurah Bilut, Felda Mempaga, Felda Sertik dan Simpang Pelangai.

Sebarang maklumat mengenai SMK Bentong, boleh dilayari di laman sesawang http://smkbentong.edu.my/

 

Alamat Sekolah 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong
Kampung Benus
28700, Bentong
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092221163
Fax = 6092235081

Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu atau nama ringkasnya SK Bukit Piatu, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Benus.

      Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu memiliki 331 pelajar lelaki dan 324 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 655 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.

     SK  Bukit  Piatu  dibina  di atas  sebidang  tanah di  lereng  bukit  dalam Kampung  Bukit  Piatu.  Keluasan  tapak  sekolah   ini dianggarkan seluas 13.0 ekar. Kerja-kerja pecah tanah telah dijalankan pada awal tahun1999. Kontraktor yang terlibat mula menjalankan kerja-kerja  pembinaan agar sekolah ini dapat digunakan secepat mungkin. Kontraktor yang terlibat dalam membina sekolah ini silih berganti. Akhirnya bangunan SK. Bukit Piatu dapat disiapkan oleh Syarikat Cekal Teknik Sdn Bhd.

    SK Bukit  Piatu  telah  mula beroperasi  pada sesi  persekolahan  tahun 01.01.2001. Pada  peringkat  awalnya  sekolah   ini menumpang di  SMK Bentong selama satu tahun sembilan bulan. Ketika itu, tenaga pengajarnya seramai 14 orang. Jumlah pelajar pada ketika itu pula  cuma seramai 270 orang.

    Pada 30 September 2002, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri. Nama sekolah ini diambil sempena nama kawasan sekolah  ini didirikan iaitu mengambil nama Kampung  Bukit  Piatu. Pada asalnya SK  Bukit  Piatu  terdiri  daripada  dua  blok  bangunan  3  tingkat,  satu  blok  kantin  dan  satu  blok  makmal  komputer.  Blok A ialah mengandungi bilik pentadbiran sekolah, bilik guru, pusat sumber sekolah, pusat akses sekolah, bilik kaunseling, bilik pemulihan dan tandas. Blok B pula mengandungi bilik kemahiran hidup, bilik sains, setor sukan, kelas aliran untuk tahun 1, 3, 5 dan 6 serta tandas pelajar lelaki. Kemudahan  prasarana  lain yang disediakan di  sekolah ini adalah  lengkap seperti  padang sekolah, makmal komputer sekolah, kantin, pondok basikal (kini diubahsuai menjadi bilik sumber PPDa) dan pondok pengawal keselamatan.

    Pada tahun 2005 sebuah bangunan yang didirikan khas untuk murid pra-sekolah telah dibina bersebelahan makmal sekolah. Bangunan tersebut mengandungi dua kelas khas untuk murid-murid berumur 6 tahun mula dibuka pada tahun 2006. Pada tahun 2008 sebuah bangunan lagi didirikan bagi memenuhi limpahan jumlah pelajar disekolah ini. Bangunan tersebut telah siap dan digunapakai pada tahun 2010. Bangunan baru atau Blok C itu telah menempatkan kelas j-Qaf dan kelas aliran untuk tahun 2 dan 4.

      Pada  tahun  2003  jumlah  tenaga  pengajar  di  sekolah  ini  telah  bertambah  menjadi  26  orang.    Manakala   murid    yang  belajar  di  sekolah  ini  seramai  417  orang.  Pada  tahun  2006   pula  jumlah  tenaga  pengajar   ialah  seramai  36  orang,  manakala  murid   seramai  600  orang. Peningkatan terus mendadak sehinggalah pada tahun 2010 jumlah guru ialah 43 orang dan murid seramai 650 orang. Guru Besar  yang  mentadbir sekolah ini silih berganti. Guru Besar pertama ialah Encik Abdul Jalil bin Ahmad. Beliau mentadbir mulai 1  Januari 2001 hingga 15 Mac 2001. Tempat beliau telah diganti pula oleh Encik Abd Rahman bin Abd Aziz sehingga 13 April 2005. Kini  Guru Besar sekolah ini ialah Tuan Aziz Bin Tuan Abdullah.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak pentadbir, guru-guru, pelajar, dan kakitangan sokongan agar sekolah ini  terus berkembang dan maju.Sebarang maklumat mengenai SK Bukit Piatu, boleh dilayari di laman sesawang http://www.skbukitpiatu.50webs.com/index.html                                        

Alamat Sekolah 

Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
Benus
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092201312
Fax = 6092201314