Maklumat Kedudukan & Peta - Negeri

Pahang Darul Makmmur merupakan sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan berada di tengah – tengah Semenanjung Malaysia.


 

Maklumat Kedudukan & Peta – Daerah

 

Daerah Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km persegi. Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Daerah ini terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu Tradisional dan lain – lain kaum serta penempatan orang Asli.

Mengikut banci tahun 2006, Bentong mempunyai seramai 104,000 orang penduduk. Bentong merupakan salah satu bandar besar di Pahang. Saiznya lebih kurang menyamai bandar Raub. Populasi sebenar pada tahun 2006 adalah seramai 104,000 orang.

Terdapat 6 buah mukikm di dalam Daerah Bentong iaitu Mukim Bentong, Mukim Sabai, Mukim Pelangai, Bandar Bentong, Bandar Karak dan Pekan Telemong. 

 

Sumber : BENTONG, Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

 

Kampung & Kawasan Sekitar

Taman Muhibbah merupakan sebuah taman perumahan yang dibina di dalam kawasan kampung iaitu Kampung Bukit Piatu yang terletak di dalam Mukim Bentong. Kawasan kampung ini telah dimajukan secara peringkat-peringkat pada awal tahun 1964 dan wujudnya Kampung Bukit Piatu dan taman perumahan yang lain – lain ekoran dari pembahagian lot-lot tanah perumahan yang kedudukannya juga pada waktu itu dikelililingi dengan kebun getah milik persendirian dan bekas lombong.

Dalam kawasan Kampung Bukit Piatu ini terdapat pula beberapa Taman Perumahan seperti berikut :-

          1. Kampung Tradisional Bukit Piatu.
          2. Perumahan Awam Kos Rendah Kg. Bukit Piatu.
          3. Perumahan Kampung Muhibbah @ Taman Muhibbah.
          4. Perumahan Taman Seroja Fasa I dan Fasa II.
          5. Perumahan Taman Melati

 

 

 

Maklumat  Kampung 

   

Nama Kampung

Kampung Bukit Piatu

Tahun Dibuka

1964

Parlimen

Bentong

Ahli Parlimen

YB  Young Syefura Othman

DUN

Ketari

ADUN

En. Su Keong Siong

Daerah

Bentong

Pegawai Daerah

YH Dato Mohammad Shahid Ismail

Mukim

Bentong

Penghulu Mukim

Negeri

Pahang

Kedudukan / GPS

N 3.50187 E 101.92768

Keluasan

69 152 Hektar (Mukim Bentong)

Kependudukan

93% Melayu 3% Cina 3% India 1% Lain-lain

Jumlah Penduduk

1,869 orang

Jumlah Rumah

529 buah rumah

Hasil Pertanian

Tanaman Kontan

 

Sumber : Profil Kampung Bukit Paitu

 

 

Ahli Parlimen Daerah Bentong

                                        

 

 

YB Young Syefura Othman

PARTI : PH - DAP

PARLIMEN : P089 Parlimen Bentong.

KAWASAN : Bentong , Pahang.

ALAMAT PEJABAT : No. 40 B Tingkat Atas Jalan Chui Yin, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur

 

 

Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Bentong

 

 

YB

 

JAWATAN : ADUN Ketari, Bentong, Pahang

PARTI : DAP

PARLIMEN : N34, DUN Bentong.

KAWASAN : Ketari

NO. TEL : 09-2223388

ALAMAT PEJABAT : Wisma Gerakan Pahang, P1 Tingkat 1, Jalan Dahlia 28700 Bentong, Pahang.

  

 

 

Populasi Kampung Bukit Piatu, Bentong, Pahang

 

Bil. Penduduk                                        :               1,869 orang

Pecahan Bilangan Penduduk Mengikut:

Jantina

                Lelaki                                     :               925 orang

                Perempuan                              :               944 orang

Umur

                65 tahun ke atas                     :               Lelaki   68   orang / Wanita    60  orang

                41 - 64 tahun                          :               Lelaki  225  orang / Wanita  276  orang

                20 - 40 tahun                          :               Lelaki  228  orang / Wanita  199  orang

                13 - 19 tahun                          :               Lelaki  215  orang / Wanita  228   orang

                07 - 12 tahun                          :               Lelaki    99  orang / Wanita  121  orang

                05 - 06 tahun                          :               Lelaki    45  orang / Wanita    39  orang

               00 - 04 tahun                           :               Lelaki   45   orang / Wanita    21  orang