Dasar Wanita Negara berhasrat menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara untuk mencapai kesamaan gender. Matlamat Dasar Wanita Negara adalah untuk:

  1. Membangunkan potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara;
  2. Menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk penggubalan dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian;
  3. Membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dalam semua sektor;
  4. Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat;
  5. Mencapai perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan; dan
  6. Meningkatkan dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi Keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.

Inisiatif utama yang diperkenalkan melalui NKRA LIH adalah program peningkatan pendapatan kepada isi rumah berpendapatan rendah iaitu Program 1AZAM. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan Kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah (NKRA LIH) di mana ia telah mengetengahkan pelbagai usaha dan inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, miskin dan golongan B40 melalui Program 1AZAM, program peningkatan pendapatan melalui aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan.  AZAM Niaga memfokuskan peluang perniagaan berasaskan makanan secara kecil-kecilan. AZAM Khidmat memfokuskan peluang perniagaan berasaskan perkhidmatan secara kecil-kecilan. Objektif Program 1AZAM (AZAM Niaga & Khidmat) KPWKM adalah seperti berikut:    

  • Menyediakan peluang kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan;
  • Memperkasa kumpulan sasar supaya boleh berdikari; dan
  • Meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)

KPWKM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluas dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000 iaitu:“Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini” Selaras dengan penubuhan KPWK, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Pada 27 Mac 2004, fungsi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan dan telah dipindahkan ke KPWK. Sehubungan itu, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). KPWKM mempunyai lima (5) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1946;
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang ditubuhkan pada tahun 1966;
  • Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang ditubuhkan pada tahun 2001;
  • Institut Sosial Malaysia (ISM) yang ditubuhkan pada tahun 2002; dan
  • Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang ditubuhkan pada tahun 1981

VISI

Peneraju dalam Pembangunan Masyarakat ke arah kemakmuran bersama.

MISI

Membangun masyarakat sejahtera secara inklusif dan saksama melalui inovasi sosial dan kebajikan produktif.

 

OBJEKTIF

  1. Memperkukuh institusi perkahwinan dan kekeluargaan untuk kestabilan sosial;
  2. Memperkasa wanita dan mengarus perdana gender bagi mencapai kesejahteraan bersama;
  3. Menjamin hak dan kesejahteraan kanak-kanak bagi mencapai potensi yang optimum;
  4. Mendaya upaya orang kurang upaya, warga emas dan kumpulan khusus demi kesejahteraan hidup; dan
  5. Meningkatkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan untuk sistem sokongan yang berkesan dan menyeluruh.

PIAGAM PELANGGAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)

Jenis Perkhidmatan

Piawai Kualiti Perkhidmatan


Masa Menunggu Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Di Kaunter

  • Kami akan melayan anda dalam masa LIMA BELAS (15) minit anda tiba di kaunter perkhidmatan kami.


Pengurusan Aduan/Pertanyaan

  • Kami akan mengakui penerimaan aduan/pertanyaan anda dalam tempoh SATU (1) hari bekerja;
  • Kami akan memberi maklumbalas terhadap aduan/pertanyaan anda dalam tempoh selewat-lewatnya TIGA (3) hari bekerja. Bagi aduan yang memerlukan siasatan terperinci, maklumbalas diberikan selewat-lewatnya dalam tempoh LIMA BELAS (15) hari bekerja.


Bayaran Pembekal

  • Kami akan memproses bayaran anda (setelah dokumen lengkap) dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja.


Pendaftar Kaunselor

  • Kami akan memproses pendaftaran anda (semua dokumen lengkap) dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari bekerja.

Dasar Wanita Negara adalah kesinambungan kepada Dasar Wanita Negara yang digubal pada tahun 1989 dengan mengambil kira isu, peluang, cabaran dan persekitaran masa kini dan yang akan datang. Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara, dasar ini mendukung cita-cita untuk mencapai ketaksamaan gender dan pembangunan negara yang seimbang dan lestari. Dasar Wanita Negara ini mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action), Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) serta Deklarasi Putrajaya dan Program Tindakan Mengenai Pembangunan Wanita Dalam Negara Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM Putrajaya Declaration). Dasar ini berhasrat untuk merealisasikan aspirasi kerajaan dalam membangunkan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri dengan melahirkan wanita yang berilmu dan berwawasan, mempunyai daya kreativiti dan inovasi serta menghayati nilai-nilai murni. Dasar ini bermaksud untuk memberi panduan dan hala tuju dalam usaha perancangan dan perlaksanaan pembangunan wanita atas kesedaran bahawa kaum wanita merupakan separuh daripada penduduk negara yang gigih menyumbang kepada pembangunan negara. Dasar ini dilengkapi dengan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) bagi memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , sektor swasta dan masyarakat sivil untuk mencapai objektif dan matlamat Dasar Wanita Negara. PTPW mengandungi strategi yang meliputi 13 sektor iaitu ekonomi, kemiskinan, undang-undang, keganasan terhadap Wanita, kesihatan, pendidikan dan latihan, sains dan teknologi, pembuat keputusan, mekanisme, jentera dan institut pembangunan Wanita, media, alam sekitar, suka, dan kebudayaan,

kesenian dan warisan.

Semakin ramai surirumah yang mula memasak dan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan yang dimasak kepada pelanggan sama ada dihantar ke rumah atau ke premis-premis pejabat. Walaupun terdapat segelintir surirumah yang tidak tahu memandu, perkhidmatan ini tetap berjalan seperti biasa kerana terdapat runner (orang yang di upah untuk menghantar barang atau makanan) yang menghantar makanan kepada pelanggan. Pelbagai jenis masakan, kampung, barat dan hipster sekalipun, semua mampu dibuat, dicipta dan di masak oleh mereka. Semakin unik atau semakin sukar makanan tu diperoleh, semakin banyak permintaan dari pelanggan.