Inisiatif utama yang diperkenalkan melalui NKRA LIH adalah program peningkatan pendapatan kepada isi rumah berpendapatan rendah iaitu Program 1AZAM. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan Kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah (NKRA LIH) di mana ia telah mengetengahkan pelbagai usaha dan inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, miskin dan golongan B40 melalui Program 1AZAM, program peningkatan pendapatan melalui aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan.  AZAM Niaga memfokuskan peluang perniagaan berasaskan makanan secara kecil-kecilan. AZAM Khidmat memfokuskan peluang perniagaan berasaskan perkhidmatan secara kecil-kecilan. Objektif Program 1AZAM (AZAM Niaga & Khidmat) KPWKM adalah seperti berikut:    

  • Menyediakan peluang kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan;
  • Memperkasa kumpulan sasar supaya boleh berdikari; dan
  • Meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.