Golongan wanita tidak ketinggalan untuk meyertai aktiviti menyihatkan. Antaranya dengan menyertai kelas zumba dan tarian. Di Bentong, terdapat banyak kelas yang di anjurkan. Kebanyakan kelas di buat pada waktu petang dan malam. Kelas ini sangat menarik dan disertai ramai kerana pihak penganjur membenarkan kaum ibu membawa anak masing-masing. Kesedaran semakin tinggi dalam menjaga kesihatan mendorong suri rumah mahupun wanita berkerjaya menyertai aktiviti ini. Caj yang dikenakan juga sangat berpatutan dan di dalam kemampuan peserta.