LATAR BELAKANG PENUBUHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)
KPWKM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluas dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000 iaitu:“Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini” Selaras dengan penubuhan KPWK, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Pada 27 Mac 2004, fungsi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan dan telah dipindahkan ke KPWK. Sehubungan itu, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). KPWKM mempunyai lima (5) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu:
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1946;
- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang ditubuhkan pada tahun 1966;
- Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang ditubuhkan pada tahun 2001;
- Institut Sosial Malaysia (ISM) yang ditubuhkan pada tahun 2002; dan
- Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang ditubuhkan pada tahun 1981
VISI |
Peneraju dalam Pembangunan Masyarakat ke arah kemakmuran bersama. |
MISI |
Membangun masyarakat sejahtera secara inklusif dan saksama melalui inovasi sosial dan kebajikan produktif. |
OBJEKTIF |
|
PIAGAM PELANGGAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)
Jenis Perkhidmatan |
Piawai Kualiti Perkhidmatan |
|
|
|
|
|
|
|
|