Golongan wanita tidak ketinggalan untuk meyertai aktiviti menyihatkan. Antaranya dengan menyertai kelas zumba dan tarian. Di Bentong, terdapat banyak kelas yang di anjurkan. Kebanyakan kelas di buat pada waktu petang dan malam. Kelas ini sangat menarik dan disertai ramai kerana pihak penganjur membenarkan kaum ibu membawa anak masing-masing. Kesedaran semakin tinggi dalam menjaga kesihatan mendorong suri rumah mahupun wanita berkerjaya menyertai aktiviti ini. Caj yang dikenakan juga sangat berpatutan dan di dalam kemampuan peserta.
Memandangkan Taman Muhibbah tidak jauh dari Bandar Bentong ramai kalangan wanita sekitar Taman Muhibbah yang terdiri dari berbagai latarbelakang bergiat aktif dengan Persatuan Wanita di Bandar Bentong.
Pada setiap pagi Jumaat golongan wanita turut menyertai aktiviti gotong-royong kawasan masjid bersama ahli keluarga. Begitu juga dengan bacaan Yasin. Kaum wanita lebih mendominasi kerana setiap majlis yang diadakan di taman, mereka mempunyai kelab baccan Yasin yang tersendiri. Mereka mengambil upah sebanyak RM50.00 untuk satu sesi bacaan. Upah tersebut sekadar untuk mengisi tabung pembangunan kelab mereka. Mereka mempunyai pakaian yang seragam untuk di pakai di setiap majlis yang dihadiri. Antra majlis yang sering di sertai adalah untuk kenduri cukur jambul, kenduri dia selamat, kenduri pertunangan, kenduri perkahwinan dan pelbagai lagi.