Dasar Wanita Negara adalah kesinambungan kepada Dasar Wanita Negara yang digubal pada tahun 1989 dengan mengambil kira isu, peluang, cabaran dan persekitaran masa kini dan yang akan datang. Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara, dasar ini mendukung cita-cita untuk mencapai ketaksamaan gender dan pembangunan negara yang seimbang dan lestari. Dasar Wanita Negara ini mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action), Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) serta Deklarasi Putrajaya dan Program Tindakan Mengenai Pembangunan Wanita Dalam Negara Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM Putrajaya Declaration). Dasar ini berhasrat untuk merealisasikan aspirasi kerajaan dalam membangunkan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri dengan melahirkan wanita yang berilmu dan berwawasan, mempunyai daya kreativiti dan inovasi serta menghayati nilai-nilai murni. Dasar ini bermaksud untuk memberi panduan dan hala tuju dalam usaha perancangan dan perlaksanaan pembangunan wanita atas kesedaran bahawa kaum wanita merupakan separuh daripada penduduk negara yang gigih menyumbang kepada pembangunan negara. Dasar ini dilengkapi dengan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) bagi memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , sektor swasta dan masyarakat sivil untuk mencapai objektif dan matlamat Dasar Wanita Negara. PTPW mengandungi strategi yang meliputi 13 sektor iaitu ekonomi, kemiskinan, undang-undang, keganasan terhadap Wanita, kesihatan, pendidikan dan latihan, sains dan teknologi, pembuat keputusan, mekanisme, jentera dan institut pembangunan Wanita, media, alam sekitar, suka, dan kebudayaan,
kesenian dan warisan.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)
KPWKM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluas dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000 iaitu:“Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini” Selaras dengan penubuhan KPWK, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Pada 27 Mac 2004, fungsi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan dan telah dipindahkan ke KPWK. Sehubungan itu, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). KPWKM mempunyai lima (5) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu:
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1946;
- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang ditubuhkan pada tahun 1966;
- Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang ditubuhkan pada tahun 2001;
- Institut Sosial Malaysia (ISM) yang ditubuhkan pada tahun 2002; dan
- Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang ditubuhkan pada tahun 1981
VISI |
Peneraju dalam Pembangunan Masyarakat ke arah kemakmuran bersama. |
MISI |
Membangun masyarakat sejahtera secara inklusif dan saksama melalui inovasi sosial dan kebajikan produktif. |
OBJEKTIF |
|
PIAGAM PELANGGAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)
Jenis Perkhidmatan |
Piawai Kualiti Perkhidmatan |
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai golongan surirumah mula bekerja sebagai Lady Coway dan Lady Cuckoo. Ini kerana pendapatan yang lumayan dan waktu kerja yang fleksibel. Tugas utama Lady adalah membersih dan membuat perkhidmatan servis mesin air. Selain itu, mereka juga perlu memungut hutang dan mengiklankan mesin-mesin tersebut untuk menambah pendapatan dan mendapatkan pangkat yang lebih tinggi.
Semakin ramai surirumah yang mula memasak dan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan yang dimasak kepada pelanggan sama ada dihantar ke rumah atau ke premis-premis pejabat. Walaupun terdapat segelintir surirumah yang tidak tahu memandu, perkhidmatan ini tetap berjalan seperti biasa kerana terdapat runner (orang yang di upah untuk menghantar barang atau makanan) yang menghantar makanan kepada pelanggan. Pelbagai jenis masakan, kampung, barat dan hipster sekalipun, semua mampu dibuat, dicipta dan di masak oleh mereka. Semakin unik atau semakin sukar makanan tu diperoleh, semakin banyak permintaan dari pelanggan.
Golongan wanita di Bentong lebih ramai yang berminat dengan kursus pembuatan kek dan roti. Rata-rata kelas yang dianjurkan akan di hadiri oleh mereka. Kelas ini membuat para peserta dapat menjana pendapatan dengan mudah dan cepat, selain kosnya yang rendah. Kelas yang diadakan juga kadangkala tidak mengenakan sebarang bayaran kepada peserta.