Wanita Setanding Lelaki
Selain golongan belia mendominasi bidang perniagaan di kawasan ini, golongan wanita juga tidak kurang hebatnya. Kebanyakan kedai atau gerai yang terdapat di taman ini dimiliki dan di usahakan oleh wanita. Peniaga kecil-kecilan biasanya menjual air dan makanan ringan kepada pelajar sekolah. Ada yang menjual pelbagai jenis makanan bergoreng seperti sosej, keropok, bebola ayam dan nugget. Ada yang hanya menjual air semata-mata, seperti mengkhusus kepada satu jenama, seperti Milo. Ada pula yang menjual air buah-buahan sahaja. Ternyata pelbagai jenis makanan di usahakan oleh golongan wanita untuk meningkatkan taraf hidup dan membantu memudahkan masyarakat memperoleh makanan dengan cepat selepas menjemput anak-anak pulang dari sekolah.