1. >Timbulnya Xanthelasma(Benjolan kecil berwarna kuning di sekitar kelopak mata). Kolesterol yang tinggi pada kes-kes tertentu juga dapat memicu apa yang dinamakan Xanthelasma iaitu benjolan berwarna kuning di bahagian dalam sudut kelopak mata anda, keadaan ini juga boleh menandakan seseorang memiliki risiko yang tinggi terkena penyakit jantung.
  2. >Mati Rasa Atau Kesemutan di kaki Dan TanganKolesterol yang tinggi boleh menyebabkan terjadinya penyumbatan pembuluh arteri yang berfungsi mengalirkan darah dari jantung ke organ-organ tubuh yang lain sehingga kaki dan penderita kolesterol tinggi biasanya sering mengalami mati rasa atau kesemutan di bahagian tangan dan kaki.
  3. >Penderita Obesiti Penderita obesiti atau lebihan berat badan juga banyak yang memiliki tingkat kolesterol yang tinggi disebabkan kebiasaan makan yang tidak sihat seperti banyak memakan makanan yang mengandungi lemak tepu ataupun berkolesterol tinggi.
  4. >Disfungsi Ereksi Pada lelaki khususnya, kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan impotensi atau disfungsi ereksi kerana tersumbatnya pembuluh darah akibat penompokan kolesterol di dalam arteri sehingga aliran darah ke zakar menjadi terhambat.
  5. >Sakit KepalaPenyumbatan dinding arteri darah kerana penompokan kolesterol tentunya berdampak pada aliran darah ke otak dan ini boleh menyebabkan sakit kepala yang terus menerus. Meskipun tidak semua sakit kepala merupakan petanda kolesterol yang tinggi akan tetapi apabila seseorang menderita sakit kepala yang tidak kunjung sembuh, ada baiknya melakukan ujian kolesterol.
  6. >Hipertensi / Darah TinggiDarah tinggi dan kolesterol tinggi boleh berkaitan satu sama lain, kerana apabila aliran darah menjadi terhambat maka jantung harus bekerja lebih keras untuk mengepam darah yang berakibat pada naiknya tekanan darah dalam tubuh.
  7. >DiabetesPenderita diabetes cenderung memiliki kadar kolesterol LDL dan Trigliserida yang tinggi. Terutama pada penderita diabetes II.
  8. >Sakit di Rahang BawahApabila jantung kurang mendapatkan darah akibat terjadi penyumbatan pembuluh arteri maka boleh mengakibatkan sakit dada (Angina), gejala akibat sakit dada ini sebenarnya beragam seperti rasa lenguh di punggung, tangan tetapi banyak penderita yang mengalami sakit terutama di rahang bahagian bawah.
  9. >Masalah Pencernaan AkutPlak yang menempel di dinding arteri dapat menyumbat pembekalan darah ke usus dan ginjal sehingga boleh menyebabkan pelbagai masalah pencernaan mulai dari sakit perut, tinja berdarah, muntah-muntah.