Kebanyakan belia di Bentong sangat aktif. Mereka banyak menganjur dan menyertai aktivit menyihatkan seperti mendaki bukit dan berbasikal. Ini kerana faktor alam semulajadi yang terdapat di Bentong. Jika kurang berminat sekalipun, tetap akan menyertai kerana terlalu ramai yang bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, Selain menyihatkan, aktiviti ini ternyata percuma. Dapat melihat keindahan alam dan bebas dari hiruk pikuk kota dan pekerjaan. 

Belia yang menjadi usahawan di sini adalah sangat kreatif. Kebanyakan dari mereka menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan yang belum bertapak di Bentong dan di anggap unik selain memudahkan penduduk disini supaya tidak perlu ke Temerloh atau Kuala Lumpur untuk menikmati makanan yang di inginkan. Antara makanan yang di jual adalah bebola daging (meatball) Mat Bulat, pelbagai jenis sizzling, steamboat, air jagung Ketagih dan air jambu Meletop. Selain makanan yang sedap, nama yang diberikan juga sangat unik dan lebih mudah menarik pelanggan.

Menurut perkhabaran penduduk setempat, Persatuaan Belia pada asalnya memang wujud di Kampung ini sekitar tahun 70-an. Namun oleh kerana kesibukan golongan anak muda keluar mencari pekerjaan, Persatuan Belia Kampung Ketari tidak lagi aktif seperti Persatuan Belia di tempat lain.

Kebanyakan belia di taman berhampiran PI menunjukkan minat dalam bidang perniagaan makanan. Paling popular dan banyak terdapat di taman ini adalah gerai burger. Selain itu terdapat juga belia yang mempunyai modal lebih besar yang membuka kedai runcit dan kedai makan. Sebagai anak muda yang lahir pada zaman teknologi, mereka menyediakan khidmat penghantaran makanan selepas mengiklankannya di pages,facebook dan whatsapp. Ternyata lahir di zaman serba maju banyak memberi kelebihan kepada generasi hari ini.