Bagi Tadika Perpaduan Taman Muhibbah yang terletak bersebelahan Pusat Internet Taman Muhibbah, mereka mendapat layanan dan lawatan yang sangat banyak berbanding tadika lain. Setiap pagi Jumaat, pelajar tadika tersebut menghabiskan masa di Pusat Internet dengan pelbagai aktiviti berkomputer seperti melukis, mencantum dan menyuaipadan gambar. Jelas kelihatan keseronokan mereka apabila dapat ke Pusat Internet. Walaupun setiap minggu ke Pusat Internet, mereka tidak menunjukkan mereka kebosanan.
Menjadi satu acara tahunan bagi Tadika Perpaduan untuk membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Internet. Kadangkala, dalam setahun, tiga hingga empat kali Pusat Internet dikunjungi oleh Tadika Perpaduan yang sama. Antara aktiviti yang disediakan untuk pelajar ini adalah nyanyian lagu kanak-kanak, penggunaan computer secara offline dan pertandingan mewarna berkomputer. Ini kerana kebanyakan mereka masih kecil, seawal umur empat tahun. Mereka ternyata sangat gembira dapat ke Pusat Internet kerana selain dapat mempelajari ilmu baru, mereka juga dapat menaiki bas yang di tempah oleh guru untuk membawa mereka ke Pusat Internet.
Siti Syuhadah binti Azmee merupakan suri rumah sepenuh masa selepas bersalin anak pertama. Ini kerana suami beliau ingin beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada anak mereka. Siti mula berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian selepas membeli satu tudung berjenama Kekaboo. Beliau suka dengan corak dan kain tersebut, membuatkan timbulnya idea untuk menjual tudung tersebut. Beliau menjual n mempromosi di akaun Facebook beliau sepanjang hari disamping menguruskan anak di rumah. Siti banyak mempromosikan tudung tersebut di kumpulan-kumpulan perniagaan yang terdapat di Facebook. Walaupun tidak dapat hidup mewah, perniagaan ini sedikit sebanyak dapat membantu suaminya.
Chacky’s merupakan sebuah syarikat bumiputera yang terletak di Bandar Bentong. Mengasaskan produk premium yang berasaskan coklat. Terdapat 16 jenis produk yang dihasilkan antaranya kek, biskut dan coklat. Mula beroperasi pada tahun 2008 secara kecil-kecilan. Pada tahun 2011 mula membuat penjenamaan produk atas nama Chacky’s dan pada tahun 2013 satu lagi jenama telah dikeluarkan iaitu Serihalwany. Perancangan syarikat dalam masa terdekat ini ialah untuk memasarkan produk jenama Serihalwany ke kedai-kedai runcit dan hypermarket. Manakala produk jenama Chacky’s lebih tertumpu kepada jualan di Kiosk. Pemiliknya merupakan Puan Siti Zamiah binti Abdullah. Puan Siti Zamiah merupakan calon bagi Anugerah Usahawan Perkasa Jalur Lebar 2015 (BEE 2015) selain itu beliau juga menyertai program eUsahawan yang dijalankan di Pusat Internet untuk menambahkan ilmu pemasaran dan beliau juga telah memasarkan produk beliau di LAZADA melalui program Pusat Internet Taman Muhibbah iaitu Webinar Entrepreneurship Training. Di Pusat Internet, beliau belajar mencipta copy writing, pemasaran melalui Fb Ads dan membuat perkongsian idea dengan usahawan tempatan yang lain.
Hamimah binti Saidin mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap kek. Walaupun beliau telah berusia 40 tahun, beliau tidak segan dan malu untuk belajar dari anak sendiri yang mengikuti kelas pembuatan kek. Sewaktu anak beliau tamat belajar, beliau sekadar menjadi pemandu dan penghantar kek kepada pelanggan untuk anak beliau. Tapi lama-kelamaan neliau sendiri yang menceburi bidang pembuatan kek, terutama apabila anaknya tidak lagi sempat untuk menguruskan perniagaan itu kerana telah mendapat pekerjaan di tempat yang jauh dari rumah mereka. Beliau banyak mempromosi kek dan makanan lain di Facebook dan Page setelah belajar mencipta Facebook dan Page di Pusat Internet Taman Muhibbah. Perniagaan lebih berkembang dengan penggunaan wifi kampung yang disediakan oleh PI.
Sub-kategori
Kisah Kejayaan
Salon Mama Muslimah mula dibuka pada awal tahun 2017. Pemilik merupakan suami isteri yang masih muda. Mula membuka salon selepas gagal dalam beberapa jenis perniagaan sebelum ini. Salon ini berkonsepkan muslimah.
Nirwana memulakan khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah dan memperoleh pendapatan sekitar RM40.00-RM200.00 sebulan. Selepas menyertai kelas yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah, pendapatan mereka bertambah kepada RM600.00 sebulan.
Muhamad Arif berperanan mengiklankan salon mereka melalui pages dan facebook. Promosi dilakukan secara bergambar dan video ternyata sangat menarik minat pelanggan.
Pelanggan mereka bukan sahaja dari penduduk tempatan, bahkan ada yang sanggup datang dari Raub dan Karak untuk mendapatkan khidmat mereka.