Siti Syuhadah binti Azmee merupakan suri rumah sepenuh masa selepas bersalin anak pertama. Ini kerana suami beliau ingin beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada anak mereka. Siti mula berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian selepas membeli satu tudung berjenama Kekaboo. Beliau suka dengan corak dan kain tersebut, membuatkan timbulnya idea untuk menjual tudung tersebut. Beliau menjual n mempromosi di akaun Facebook beliau sepanjang hari disamping menguruskan anak di rumah. Siti banyak mempromosikan tudung tersebut di kumpulan-kumpulan perniagaan yang terdapat di Facebook. Walaupun tidak dapat hidup mewah, perniagaan ini sedikit sebanyak dapat membantu suaminya.