Menjadi satu acara tahunan bagi Tadika Perpaduan untuk membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Internet. Kadangkala, dalam setahun, tiga hingga empat kali Pusat Internet dikunjungi oleh Tadika Perpaduan yang sama. Antara aktiviti yang disediakan untuk pelajar ini adalah nyanyian lagu kanak-kanak, penggunaan computer secara offline dan pertandingan mewarna berkomputer. Ini kerana kebanyakan mereka masih kecil, seawal umur empat tahun. Mereka ternyata sangat gembira dapat ke Pusat Internet kerana selain dapat mempelajari ilmu baru, mereka juga dapat menaiki bas yang di tempah oleh guru untuk membawa mereka ke Pusat Internet.