KISAH KEJAYAAN

Nama : Nurul Nahida binti Abdullah

Umur : 38

Ahli : 2015

Latar Belakang

Status ibu tunggal tidak menghalang Nurul Nahida binti Abdullah untuk menguruskan perniagaan sendiri. Walaupun mempunyai seorang anak yang masih kecil, beliau tidak menjadikan itu sebagai halangan untuk meneruskan perniagaan. Beliau mengusahakan masakan kampung dan juga masakan barat secara harian, seperti menu makan pagi, menu makan tengahari dan juga menu makan malam. Selain itu, beliau lebih ke depan berbanding peniaga lain apabila berani menyediakan Menu Diet untuk pelanggannya. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan. Beliau turut menerima tempahan untuk sebarang majlis kecil-kecilan. Selain memasak, beliau juga yang menghantar makanan yang ditempah kepada pelanggan. Walaupun pendapatan beliau terlalu mewah, namun sudah cukup untuk menampung hidup. Beliau selalu mempromosi perkhidmatan di dalam Facebook, Whatsapp dan di MyShop.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Keuntungan tidak terlalu banyak kerana kurangnya promosi secara atas talian

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Mula belajar memasarkan perniagaan di Facebook dan Whatsapp

Nama : Aina Syahirah

Umur : 24 tahun

Ahli : 2017

Latar Belakang

Aina Syahirah memulakan perniagaan dari rumah setelah tamat pengajian dari institusi pengajian tinggi. Beliau memilih untuk tidak menghabiskan masa dirumah selepas penat belajar dan menunggu peluang pekerjaan, sebaliknya menguruskan perniagaan, walaupun sekadar kecil-kecilan. Beliau menjual pelbagai jenis puding. Perniagaan tersebut merupakan milik ibunya, namun beliau membantu dlm pembuatan, pengambilan tempahan, dan penghantaran. Beliau juga yang mempromosi produk tersebut di aplikasi Facebook, Whatsapp, We Chat, dan Telegram. Beliau sering ke Pusat Internet untuk mengemaskini resume dan memohon peluang pekerjaan melalui internet. Beliau merupakan contoh terbaik bagi pelajar lain.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Tidak begitu dikenali

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Tempahan semakin meningkat

Nama : Ain Amir

Umur : 35 tahun

Ahli : 2016

Latar Belakang

Ain Amir merupakan seorang surirumah pada awalnya, namun setelah kematian suami, beliau mengambil alih perniagaan arwah suaminya. Perniagaan tersebut pada mulanya hanya sekadar gerai burger, namun lama-kelamaan menjadi sebuah restoran. Selepas setahun kematian suami, beliau berkahwin lagi dan suami baru beliau turut membantu menguruskan perniagaan tersebut. Burger yang dihasilkan oleh arwah suami Ain lain dari burger lain yang terdapat di Bentong kerana suaminya mengisar dan menghasilkan daging buatan sendiri, bukannya membeli kepingan daging siap di pasaran. Kepingan daging yang dihasilkan mempunyai ramuan dan resepi tersendiri. Selain itu, burger beliau juga dikenali sebagai burger bakar kerana beliau di masak secara dipanggang, dibakar di atas pemanggang, tidak seperti peniaga lain yang menggoreng daging burger tersebut di atas kuali.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Tidak ramai pelanggan tahu kewujudan kedai beliau kerana terletak di dalam kawasan perumahan.

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Setelah membuat promosi melalui Facebook, pelanggan bertambah.

KISAH KEJAYAAN

Nama : Wan Alifah Mas Alya binti Wan Abdullah

Umur : 23

Ahli : 2018

Latar Belakang

Selepas tamat belajar dan tidak mendapat pendidikan setaraf pendidikan, Wan Alifah Mas Alya binti Wan Abdullah dan kakaknya mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan burger dan kerongsang. Perniagaan kerongsang pada setiap masa manakala perniagaan burger hanya pada waktu malam kerana pada siang hari kakak beliau bekerja di stesen minyak. Mereka mempromosi perniagaan melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, dan MyShop. Alifah menyediakan perkhidmatan menghantar burger dan kerongsang kepada pelanggan.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Keuntungan hanya sekadar cukup-cukup makan.

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Mula laris dan lebih dikenali di aplikasi Facebook, Whatsapp dan Myshop

Nama : Muhammad Ikhwan Danial bin Abdul Rahman

Umur : 13

Ahli : 2015

Latar Belakang

Muhammad Ikhwan Danial bin Abdul Rahman berusia 9 tahun ketika mula menjejakkan kaki ke Pusat Internet. Beliau seorang yang cepat belajar. Oleh yang demikian, ketika menyertai kelas, beliau lebih awal menyiapkan sebarang tugasan yang diberi. Kerana itu juga, beliau berminat untuk mengajar kawan-kawan beliau sendiri semasa menunggu mereka menyiapkan tugasan yang diberi. Beliau seorang yang sangat rajin bertanya, tidak malu jika melakukan kesilapan dan sangat suka membantu kawan-kawan yang sedikit lemah. Selain itu, beliau juga sangat ringan tulang sewaktu petugas Pusat Internet mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan luar Pusat Internet.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Banyak menghabiskan masa dengan berbasikal, mandi kolam dan merayau

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Mula mengikuti kelas dan mengajak lebih ramai kawan untuk sama-sama ke Pusat Internet

Sub-kategori

Salon Mama Muslimah mula dibuka pada awal tahun 2017. Pemilik merupakan suami isteri yang masih muda. Mula membuka salon selepas gagal dalam beberapa jenis perniagaan sebelum ini. Salon ini berkonsepkan muslimah.

Nirwana memulakan khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah dan memperoleh pendapatan sekitar RM40.00-RM200.00 sebulan. Selepas menyertai kelas yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah, pendapatan mereka bertambah kepada RM600.00 sebulan. 

Muhamad Arif berperanan mengiklankan salon mereka melalui pages dan facebook. Promosi dilakukan secara bergambar dan video ternyata sangat menarik minat pelanggan.

Pelanggan mereka bukan sahaja dari penduduk tempatan, bahkan ada yang sanggup datang dari Raub dan Karak untuk mendapatkan khidmat mereka.