Puan Rosmaniah merupakan seorang suri rumah, namun oleh kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan,  beliau mula berniaga melalui Facebook. Beliau menjual pelbagai jenis tudung berjenama dan fesyen terkini. Oleh kerana Facebook seringkali memadam gambar dan iklan yang di masukkan ke medium tersebut, beliau telah ke Pusat Internet Taman Muhibbah untuk meningkatkan ilmu dalam bidang pemasaran secara dalam talian. Beliau telah di ajar mencipta page, menghasilkan poster dan membuat kad perniagaan. Ternyata selepas mendalami pelbagai ilmu di PI, pendapatan beliau semakin bertambah.

Kejayaan Azlinda bermula selepas kegagalan dalam hidup. Beliau bangkit demi anak-anak yang masih bersekolah. Mula mengusahakan butik pada tahun 2015. Banyak mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada pihak MARA. Selalu mengikuti kelas dan kursus yang di anjurkan oleh MARA. Azlinda membuka butik pakaian wanita dan lebih mengkhusus kepada pakaian bersaiz besar. Ini sangat memudahkan kerana jarang terdapat butik yang memfokus kepada pelanggan bersaiz besar. Pakaian tersebit juga mengikut trend dan fesyen terkini sama seperti pelanggan yang berbadan sederhana. Kedai yang disewa juga di bawah seliaan MARA yang terletak di tengah-tengah pekan Bentong. Barangan yang di jual di pilih dan ambil sendiri dari Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Terbukti kegigihan dan kecekalan beliau dalam meneruskan hidup dan demi memastikan perniagaan semakin berkembang maju.

Salon Mama Muslimah mula dibuka pada awal tahun 2017. Pemilik merupakan suami isteri yang masih muda. Mula membuka salon selepas gagal dalam beberapa jenis perniagaan sebelum ini. Salon ini berkonsepkan muslimah.

Nirwana memulakan khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah dan memperoleh pendapatan sekitar RM40.00-RM200.00 sebulan. Selepas menyertai kelas yang di anjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Taman Muhibbah, pendapatan mereka bertambah kepada RM600.00 sebulan. 

Muhamad Arif berperanan mengiklankan salon mereka melalui pages dan facebook. Promosi dilakukan secara bergambar dan video ternyata sangat menarik minat pelanggan.

Pelanggan mereka bukan sahaja dari penduduk tempatan, bahkan ada yang sanggup datang dari Raub dan Karak untuk mendapatkan khidmat mereka. 

Sub-kategori

Salon Mama Muslimah mula dibuka pada awal tahun 2017. Pemilik merupakan suami isteri yang masih muda. Mula membuka salon selepas gagal dalam beberapa jenis perniagaan sebelum ini. Salon ini berkonsepkan muslimah.

Nirwana memulakan khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah dan memperoleh pendapatan sekitar RM40.00-RM200.00 sebulan. Selepas menyertai kelas yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah, pendapatan mereka bertambah kepada RM600.00 sebulan. 