Puan Rosmaniah merupakan seorang suri rumah, namun oleh kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau mula berniaga melalui Facebook. Beliau menjual pelbagai jenis tudung berjenama dan fesyen terkini. Oleh kerana Facebook seringkali memadam gambar dan iklan yang di masukkan ke medium tersebut, beliau telah ke Pusat Internet Taman Muhibbah untuk meningkatkan ilmu dalam bidang pemasaran secara dalam talian. Beliau telah di ajar mencipta page, menghasilkan poster dan membuat kad perniagaan. Ternyata selepas mendalami pelbagai ilmu di PI, pendapatan beliau semakin bertambah.