Nama : Badrulzaman bin Abdullah

Umur : 68 tahun

Ahli : 2016

Latar Belakang

Badrulzaman bin Abdullah merupakan seorang pesara berusia 68 tahun. Pada November 2014, beliau telah datang ke Pusat Internet bertanyakan tentang kelas komputer. Akhirnya beliau menjadi ahli Pusat Internet dan mula mengikuti kelas yang dijalankan. Modul yang dipelajari adalah Asas Komputer dan Desktop Publishing. Beliau menyatakan minat beliau terhadap penulisan. Beliau turut menyatakan sebelum ini beliau hanya menggunakan mesin taip untuk menyalurkan minatnya. Setelah mahir menggunakan komputer, beliau berminat untuk menulis novel. Pusat Internet meminjamkan netbook kepada beliau. Hasilnya tercipta dua buah novel, yang mana di cetak di Pusat Internet. Walaupun telah melepasi usia emas, beliau sangat mengaplikasikan teknologi yang ada.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Beliau seperti kebanyakan warga emas yang lain, menghabiskan masa dengan rakan seusia.

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Mula mengisi masa dengan aktiviti menulis novel dengan menggunakan netbook yang dipinjam dari Pusat Internet.

Nama : Haziq Omar

Umur : 28 tahun

Ahli : 2017

Latar Belakang

Haziq merupakan seorang anak muda berpendidikan tinggi namun rezeki untuk mendapat pekerjaan yang sesuai belum menyebelahi beliau. Pada waktu siang, beliau bekerja sebagai Runner, iaitu sebagai penghantar barang dari satu lokasi ke satu lokasi dengan bayaran seikhlas hati dari pelanggan. Servis beliau tidak terhad di sekitar Bentong shaja,bahkan hingga ke Kuala Lumpur. Selain menggunakan motosikal, kadangkala beliau menggunakan kereta untuk emnghantar barang yang dikehendaki. Selain perkhidmatan menghantar, beliau turut menyediakan servis mengeluarkan duti dari bank,membeli barangan dapur di pasaraya dan menghantar makanan dari peniaga atas talian kepada pelanggan mereka yang menunngu di pejabat mahupun rumah.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Tidak ramai pelanggan tahu kewujudan perkhidmatan beliau kerana hanya disebarkan melalui mulut ke mulut.

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Setelah membuat promosi melalui Facebook, pendapatan Haziq mula bertambah dan semakin dikenali. Beliau mendapat kepercayaan ramai pelanggan.

Nor Azlina binti Muhamad merupakan seorang penjawat awam yang bergelar kerani sekolah. Mula membuat dan menjual kek kerana minat dan mengisi masa terluang. Beliau seorang yang sangat kreatif dalam menghias kek. Beliau juga mengambil tempahan kek untuk sebarang majlis, sama ada majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan majlis sambutan Hari Guru, majlis perpisahan dan sebagainya. Selain kek, beliau turut berkemahiran membuat roti, pavlova dan pelbagai jenis kuih. Kuih tradisional seperti Nona Manis manakala kuih hipster seperti Durian Crepe. Permintaan untuk setiap jenis kek, roti, kuih sangat tinggi melebihi kemampuan beliau kerana kekangan masa dan kerana kualiti produk beliau.

Nama : Azia Cafe

Umur : 24 tahun

Ahli : 2018

Latar Belakang

Madihah, Harith dan Najmi merupakan adik-beradik dan sepupu. Membuka perniagaan selepas tamat belajar. Mereka bertiga mengusahakan perniagaan ini bersama-sama. Hal ini lebih mudah kerana mereka tinggal berdekatan. Kedai ini juga berhampiran engan rumah mereka. Kedai ini menjual makanan ringan seperti waffle dan air minuman berperisa. Waffle yang dijual juga mempunyai banyak perisa seperti minuman. Minuman yang dijual adalah ice blended, ais kepal dan air batu campur.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Tidak ramai pelanggan tahu kewujudan kedai beliau kerana baru bertapak. Walaupun berdekatan dengan sekolah, tidak ramai yang tahu kerana kedai yang agak besar. Kebiasaan peniaga lain yang menjual produk seperti mereka hanya menjalankan perniagaan di gerai atau khemah.

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Setelah membuat promosi melalui Facebook di kumpulan Facebook seperti Kami Penduduk Bentong, Kami Penduduk Karak dan sebagainya,membuat pelanggan makin bertambah.

Noor Syazawardiah binti Musa atau lebih dikenali sebagai Syaza merupakan seorang surirumah. Beliau menjalankan perniagaan menjual air hipster, iaitu ais dikisar untuk menghasilkan minuman. Antara menu beliau adalah Coconut Shake, Mango Shake, Honeydew Shake, Chocolate Shake dan Grape Shake. Pada bulan puasa pula, selain menjual air sedia ada, beliau turut menjual air kelapa. Perkhidmatan beliau lebih dikenali setelah beliau membuat khidmat penghantaran dari rumah ke rumah mengikut permintaan pelanggan. Selain itu, jualan juga meningkat kerana beliau sanggup berniaga pada hari cuti, iaitu pada Sabtu dan Ahad. Selain itu, faktor rumah beliau berada berhampiran sekolah rendah dan menengah,menambahkan lagi jualan. Kelas agama KAFA juga terletak berhampiran dengan rumah beliau.

Sub-kategori

Salon Mama Muslimah mula dibuka pada awal tahun 2017. Pemilik merupakan suami isteri yang masih muda. Mula membuka salon selepas gagal dalam beberapa jenis perniagaan sebelum ini. Salon ini berkonsepkan muslimah.

Nirwana memulakan khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah dan memperoleh pendapatan sekitar RM40.00-RM200.00 sebulan. Selepas menyertai kelas yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah, pendapatan mereka bertambah kepada RM600.00 sebulan. 

Muhamad Arif berperanan mengiklankan salon mereka melalui pages dan facebook. Promosi dilakukan secara bergambar dan video ternyata sangat menarik minat pelanggan.

Pelanggan mereka bukan sahaja dari penduduk tempatan, bahkan ada yang sanggup datang dari Raub dan Karak untuk mendapatkan khidmat mereka.