Chacky’s merupakan sebuah syarikat bumiputera yang terletak di Bandar Bentong. Mengasaskan produk premium yang berasaskan coklat. Terdapat 16 jenis produk yang dihasilkan antaranya kek, biskut dan coklat. Mula beroperasi pada tahun 2008 secara kecil-kecilan. Pada tahun 2011 mula membuat penjenamaan produk atas nama Chacky’s dan pada tahun 2013 satu lagi jenama telah dikeluarkan iaitu Serihalwany. Perancangan syarikat dalam masa terdekat ini ialah untuk memasarkan produk jenama Serihalwany ke kedai-kedai runcit dan hypermarket. Manakala produk jenama Chacky’s lebih tertumpu kepada jualan di Kiosk. Pemiliknya merupakan Puan Siti Zamiah binti Abdullah. Puan Siti Zamiah merupakan calon bagi Anugerah Usahawan Perkasa Jalur Lebar 2015 (BEE 2015) selain itu beliau juga menyertai program eUsahawan yang dijalankan di Pusat Internet untuk menambahkan ilmu pemasaran dan beliau juga telah memasarkan produk beliau di LAZADA melalui program Pusat Internet Taman Muhibbah iaitu Webinar Entrepreneurship Training. Di Pusat Internet, beliau belajar mencipta copy writing, pemasaran melalui Fb Ads dan membuat perkongsian idea dengan usahawan tempatan yang lain.