Pihak Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 14 telah mendapat tajaan kamera litar tertutup (CCTV). Ia ditempatkan di depan Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, berhadapan dengan Pusat Internet Taman Muhibbah. JPP berharap dengan adanya kamera tersebut, akan dapat membendung dan menyelesaikan pelbagai masalah di sekitar sekolah dan PI. Laluan ini merupakan laluan utama untuk ke beberapa taman. Kawasan ini adalah salah satu lokasi yang sangat sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan dan pejalan kaki.