Karnival Kesihatan dan Keselamatan Peringkat Hospital Bentong merupakan satu program julung kalinya dianjurkan Hospital Bentong. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan kepada anggota kerja Hospital Bentong khususnya dan pelanggan amnya. Objektif program adalah :
Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan ubat yang berkesan, keselamatan pengubatan, penjagaan ubat yang betul serta konsep ubat berkualiti.
2. Memberi kesedaran terhadap kepentingan vaksinasi & peranan masyarakat dalam isu ini terutama ibu bapa serta pandangan daripada sudut Islam.
3. Memberi kesedaran kepada peserta tentang pengurusan stress yang betul serta memahami aspek keselamatan pekerjaan dan kesihatan.
4. Memberi maklumat berhubung pendermaan organ dan kepentingan dalam masyarakat.
Antara aktiviti yang diadakan adalah :- Pameran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- Booth Medic Rep – Mask, Needle & Branula
- Edaran Risalah
- Demo Latihan CPR
- Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- Kepentingan Vaksinasi & Dari Sudut Pandangan Islam
- Pengurusan Stress di tempat kerja
- Derma darah
- Pameran Patient Safety
- Kursus “Patient Safety ‘
- Pameran Pendermaan Organ
- Pemeriksaan Kesihatan
- Seminar ‘Antibiotic & Medication Safety
- Pameran ‘antibiotic & medication safety’
- Pameran Kenali Ubat Anda