Kajian menunjukkan majoriti mikroplastik berbahaya dalam tubuh kita datang daripada udara yang disedut, bukannya dengan meminum air dalam botol plastik atau memakan ikan dari laut yang tercemar. Lebih membimbangkan, manusia juga dikatakan menyedut sehingga 130 zarah plastik sehari dan ia kekal di dalam tubuh!Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, pembersih udara Blueair berikrar untuk menyahut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menghapuskan pencemaran plastik.Mungkin kebanyakan daripada kita sudah sedia maklum mengenai kehadiran mikroplastik dalam sumber air di seluruh dunia. Buktinya, ramai yang mula mengubah gaya hidup dengan mengurangkan penggunaan plastik. Namun hakikatnya, tidak ramai yang tahu bahawa mikroplastik juga terdapat di dalam udara.Inilah yang diperjuangkan peneraju utama industri pembersihan udara di dunia ini. Ketika orang ramai masih tertanya-tanya mengenai kesahihan hasil kajian berkenaan, Blueair komited untuk terus meningkatkan kesedaran umum, sekali gus menunjukkan bahawa majoriti bahan plastik berbahaya dalam tubuh kita sebenarnya datang daripada udara yang disedut setiap hari.Menurut Pakar Kanan Penapisan Udara Blueair, Kevin Luo, mikroplastik adalah zarah plastik berukuran antara lima milimeter (mm) dan 0.1 mikrometer (um). Ia dikategorikan sebagai mikroplastik primer dan sekunder.“Mikroplastik primer ialah zarah plastik atau microbead bersaiz mikroskopik yang dihasilkan untuk kegunaan kosmetik, kelengkapan dandanan diri serta cat. Mikroplastik sekunder pula adalah serpihan plastik daripada objek plastik yang besar. Kedua-dua mikroplastik primer dan sekunder ini boleh terampai dalam udara dan disedut hingga memudaratkan manusia,” katanya.Jelas Luo, udara dalam kediaman lazimnya turut mengandungi mikroplastik yang terhasil daripada pergeseran, tindak balas haba atau cahaya objek plastik di dalam rumah kita.“Ia termasuklah cat, barang permainan, perabot dan objek yang mengandungi bahan plastik lain seperti kosmetik, ubat gigi dan skrub muka. Selain itu, serat plastik yang dibebaskan daripada pakaian dan kain sintetik yang digunakan di rumah turut menyumbang kepada peningkatan kandungan mikroplastik dalam udara.“Mikroplastik yang terampai dalam udara ini juga boleh membawa pencemaran toksik udara yang lain seperti bakteria berbahaya dan asap kenderaan ke dalam salur darah melalui paru-paru,” katanya.Meneliti hasil kajian dilakukan Ecole Nationale des Ponts et Chaussees pada 2018,kadar pencemaran mikroplastik dalam kediaman didapati lebih tinggi berbanding di luar rumah. Ini jelas menimbulkan risiko kesihatan yang besar memandangkan kebanyakan daripada kita menghabiskan kira-kira 90 peratus masa berada di dalam rumah.“Tidak cukup dengan itu, kajian Universiti Fernando Pessao di Portugal juga menunjukkan bahawa setiap hari kita menyedut sehingga 130 zarah plastik yang halus. Berikutan faktor saiznya, zarah mikroplastik boleh menyerap jauh ke dalam paru-paru sehingga mengakibatkan komplikasi pada sistem pernafasan apabila ia disedut.“Perlu diketahui bahawa zarah mikroplastik yang menembusi jauh ke dalam tisu paru-paru tidak boleh disingkirkan atau ‘dihadam’ sistem imunisasi manusia. Zarah yang sangat halus ini juga boleh menerpa masuk ke salur darah dan mengakibatkan penyakit kardiovaskular, serebrovaskular, kanser, menjejaskan sistem imunisasi serta saraf manusia.“Dalam situasi ini, kanak-kanak adalah kelompok paling berisiko. Mereka bernafas lebih cepat berbanding orang dewasa, menyedut udara lebih banyak jika dibandingkan dengan berat badan. Mereka juga berdepan risiko lebih besar kerana sistem pernafasan sedang berkembang selain banyak meluangkan masa bermain di lantai yang mungkin dicemari mikroplastik dalam bentuk habuk,” katanya.Berikutan itu, Luo mencadangkan penggunaan pembersih udara yang diuji mempunyai kadar penyingkiran 0.1 mikrometer untuk membantu membasmi zarah mikroplastik berbahayaJadi, sebagai pengguna bijak, kita perlu memilih pembersih udara yang berkualiti dan mampu menyingkirkan zarah berbahaya daripada terus mengancam kesihatan kita sekeluarga secara perlahan-lahan.

Tip udara bebas plastik

  • Pastikan kediaman mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
  • Guna penyedut vakum untuk membersihkan lantai rumah daripada habuk mikroplastik.
  • Kurangkan penggunaan permaidani yang memerangkap serat atau zarah plastik.
  • Pilih lantai kayu atau seramik. Lantai vinil dan linoleum boleh membebaskan mikroplastik ke udara.
  • Elakkan daripada memakai pakaian sintetik kerana ia boleh membebaskan serat plastik.
  • Gunakan kain jenis organik dan semula jadi untuk kelengkapan rumah.
  • Jangan beli permainan yang diperbuat daripada plastik atau mempunyai bahagian plastik. Sebaliknya pilih permainan yang diperbuat daripada kayu atau getah asli.
  • Elakkan menggunakan kosmetik, sabun, skrub muka dan ubat gigi yang mengandungi zarah plastik (microbead).
  • Minum air paip yang ditapis dan bukannya air dalam botol plastik pakai buang bagi mengurangkan jumlah plastik yang dibawa ke dalam rumah anda.
  • Letakkan pembersih udara di dalam bilik.