Seorang lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia setelah mengalami kelecuran dan luka kebakaran apabila sebuah alat mobiliti peribadi (PMD) atau skuter elektrok TERBAKAR dalam sebuah lif di blok perumahan di Woodland. Bayangkan dalam ruang yang tiada jalan keluar, skuter tersebut tiba tiba meletup dan terbakar. Siasatan awal ke atas punca kebakaran itu mendapati ia disebabkan oleh "punca elektrik" dari sebuah PMD. Ini bukanlah insiden pertama berlaku, sebelum ini terdapat insiden kebakaran melibatkan premis akibat letupan bateri yang sedang di caj. Penggunaan e-skuter memang memudahkan, jimat dan mesra alam sekitar. Namun pastikan skuter yang dibeli mendapat pengesahan keselamatan dari SIRIM. Pengguna juga ditegah untuk membawa e-skuter fi tengah tengah jalan raya kerana ada risiko kemalangan. Kajian yang dilakukan mendapati pengguna e skuter mempunyai 3 kali ganda risiko kemalangan dan perlu dimasukkan ke hospital