1. Kertas

Semua jenis kertas boleh dikitar semula seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak.

  1. Kaca/Seramik

Antara jenis kaca yang boleh dikitar semula ialah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu juga boleh dikitar semula. 

Anda boleh asingkan kaca mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum membawa ke pusat kitar semula untuk menjualnya.

Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pusat kitar semula (pembeli) inginkan gelas-gelas kaca yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran untuk memudahkan proses. 

  1. Plastik

Kebanyakan plastik boleh dikitar semula seperti beg plastik, botol minuman plastik, bekas makanan plastik, dan sebagainya. 

Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu. 

Terdapat piawaian ISO yang berkaitan pengurusan sisa plastik seperti ISO 15270:2008 untuk amalan kitar semula. 

  1. Logam

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin minuman boleh dikitar semula. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan bahan logam untuk kitar semula adalah bergantung kepada jenis logam. 

  1. Tekstil

Produk tekstil juga boleh dikitar semula dan dikelaskan mengikut jenis dan warnanya. Contoh produk tekstil ialah pakaian (baju/seluar/tudung/dll). Selain itu, kasut, beg tangan, sarung tangan dan barang-barang yang diperbuat daripada fabrik juga boleh dikitar semula. 

  1. Komponen Elektronik

Komponen elektronik seperti bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu Kalimantan, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya boleh dikitar semula apabila sudah tamat jangka hayatnya. 

Proses kitar semula bermula daripada kediaman masing-masing, institusi pendidikan, pejabat dan tempat awam.. Bahan yang boleh dikitar semula diletakkan ke dalam tong sampah kitar semula mengikut warna tong sampah iaitu:

  • Biru untuk kertas
  • Coklat untuk kaca
  • Jingga untuk aluminium dan plastik

Sampah yang dikumpulkan ini akan dikutip oleh syarikat pengumpulan sampah yang bertugas dan dibawa ke pusat pengumpulan di mana pengasingan bahan akan dilakukan mengikut jenis dan kategori bahan buangan. 

Kepentingan kitar semula

  • Menjimatkan perbelanjaan
  • Membuka industry dan sumber baharu
  • Menjamin kelansungan generasi manusia
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar
  • Memelihara sumber alam semulajadi
  • Ekosistem menjadi stabil