Hospital dan klinik dikunjungi selepas berkunjung ke rumah terbuka kerana nafsu makan yang membuak-buak dan tidak menjaga jadual makan seperti yang sepatutnya. Masing-masing tidak dapat mengawal diri ketika melihat dan mencuba makanan yang dihidangkan oleh saudara mara dan sahabat handai. Selain itu, terdapat juga yang keracunan makanan kerana faktor penyediaan yang tidak terurus. Selain itu, ramai yang bertambah berat badan kerana kegelojohan diri-sendiri.