Musim hujan yang mula melanda mengakibatkan kebanyakan tempat di naiki air dan tak kurang juga banjir. Walaupun dalam keadaan yang sukar, masyarakat haruslah sentiasa mengamalkan kebersihan seperti tidak meminum air hujan atau air yang menaiki kawasan rumah. Terdapat pelbagai wabak dan penyakit bawaan air. Selain minum, elakkan juga daripapda bermain di dalam air tersebut kerana terdapat pelbagai penyakit kulit yang akan di hidapi kerana air tersebut sangat kotor. Antaranya adalah cacar air dan kudis. Air tersebut membawa segala jenis sampah dan kotoran dari serata tempat. Sama-samalah kita berusaha menjaga kebersihan agar terhindar dari segala penyakit.