Derma darah terbahagi kepada dua iaitu pendermaan darah penuh dan pendermaan apheresis. Pendermaan darah penuh ialah pendermaan kesemua komponen darah. Darah penderma yang dikeluarkan tidak dikembalikan ke dalam badan penderma. Darah penderma yang dikeluarkan diasingkan mengikut komponen darah di mana pendermaan aferesis ialah pendermaan komponen darah iaitu plasma darah atau platelet atau kedua-duanya sekali. Komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma. Penderma darah diberikan pelbagai kemudahan kesihatan seperti tidak dikenakan cas untuk khidmat perubatan dan wad selepas tempoh tertentu mengikut bilangan menderma. Antara kriteria penderma adalah sihat, mempunyai berat melebihi 45kg, tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti seks bebas. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh dan 2 minggu untuk penderma apheresis. Biasanya darah di ambil sebanyak 450ml dari 50kg berat badan penderma. Terdapat pelbagai kelebihan kepada penderma, seperti meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko sakit jantung, meningkatkan kalori dan mengurangkan risiko kanser