Kanser Mulut adalah ketumbuhan tisu yang tidak normal (tisu ganas) di dalam mulut. Tumor ganas atau tumor malignan terbentuk apabila sel-sel tubuh membesar dan bertambah secara berlebihan. Ketumbuhan tisu yang tidak normal ini berlaku akibat pendedahan kepada radikal bebas. Radikal bebas banyak terbentuk dengan tabiat merokok dan meminum alkohol. Antara tanda-tanda kanser mulut adalah ulser yang tidak sembuh dalam masa 2 minggu, benjolan atau bengkak dalam mulut atau pada leher dan kepala, dan tompok merah atau putih dalam mulut. Faktor terjadinya kanser mulut adalah mrokok dan vape, pemakanan dan diet tidak seimbang, mengunyah tembakau dan sireh, alcohol dan Human Papilloma Virus (HPV). Ia merupakan kanser keenam yang paling kerap dijumpai. Mengakibatkan sekitar 350,000 kematian setiap tahun. Kadar kemandirian adalah kurang daripada kanser serviks, kulit dan payudara. Paling banyak dijumpai dikalangan wanita India. Dikaitkan dengan pengunyahan daun sirih dan pinag serta gambir. Kanser mulut boleh dirawat dengan keberkesanan yang lebih tinggi jika dikesan awal. Terdapat 4 jenis rawatan yang boleh dilakukan, iaitu pembedahan, radioterapi, kimoterapi, dan penjagaan paliatif. Pembedahan boleh dilakukan ditahap awal untuk membunag seluruh tisu kanser yang telah merebak ke leher dan kelenjar limfa. Radioterapi dilakukan dengan X-ray berkuasa tinggi selepas pembedahan untuk membunuh sel kanser yang tertinggal atau sebelum pembedahan untuk mengecilkan tumor. Kimoterapi merupakan penggunaan bahan anti kanser untuk memusnahkan sel kanser. Biasanya diberi secara suntikan dan pesakit perlu berada diwad selama beberapa hari. Penjagaan paliatif adalah penjagaan yang diberikan kepada pesakit ditahap 3 dan 4 yang tidak dapat dibedah atau dirawat lagi untuk mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan keselesaan.