Vaksin adalah suatu persediaan biologi yang menyediakan pelalian aktif untuk penyakit tertentu. Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisma penyebab penyakit; ia sering diperolehi sama ada daripada mikroba yang dilemahkan ataupun dibunuh, racun-racunnya yang terhasil mahupun salah satu protein permukaannya. Agen tersebut merangsang sistem imun badan agar ia mengenali agen itu sebagai suatu ancaman, menghancurkan agen itu dan menyimpan catatan supaya sistem imun tersebut lebih mudah mengenali dan memusnahkan apa-apa jua mikroorganisma yang ditemuinya di lain masa. Vaksin boleh bersifat profilaktik (mencegah atau memperbaiki kesan-kesan jangkitan akan datang dengan apa-apa patogen asli atau "liar") mahupun terapi (vaksin melawan kanser sedang diselidiki, misalnya).

Proses pengendalian vaksin ke dalam badan dikenali sebagai vaksinasi (atau pemvaksinan). Keberkesanan vaksinasi telah lama dikaji secara menyeluruh serta diberikan pengesahannya; seperti pada vaksin influenza, vaksin HPV serta vaksin cacar air. Kaedah ini dilihat merupakan suatu langkah pencegahan penyakit yang paling efektif. Sebuah laporan hasil Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan sebanyak dua puluh jenis jangkitan dapat dikawal serta dicegah dengan wujudnya vaksin-vaksin yang berlesen.

Sejarah pembangunaan

Istilah vaksin dan vaksinasi berakar daripada nama saintifik untuk cacar lembu iaitu Variolae vaccinae. Konsep vaksinasi ini pertama kalinya diilhamkan oleh Edward Jenner, seorang doktor dari England melalui tajuk jurnalnya yang terbit tahun 1798 bertajuk Inquiry into the...Variolae vaccinae...known...[as]...the Cow Pox di mana Jenner menggambarkan kesan-kesan perlindungan daripada pendedahan kepada cacar lembu terhadap cacar biasa.

Pada tahun 1881, saintis Perancis Louis Pasteur mencadangkan agar istilah-istilah tersebut dikembangkan untuk inokulasi perlindungan baru yang dihasilkan ketika waktu itu sebagai memperingati Jenner.

Keberkesanan

Vaksin dikenali dalam sejarah sebagai suatu cara yang berkesan untuk melawan dan membasmi penyakit berjangkit, namun keberkesanannya ada juga batasnya. Perlindungan kadangkalanya gagal kerana sistem imun badan tidak dapat bertindak balas dengan secukupnya mahupun secara langsung. Tindak balas yang kurang biasanya berlaku daripada faktor-faktor kesihatan yang wujud seperti diabetes, penggunaan steroid, HIV ataupun usia.[petikan diperlukan] Vaksin boleh juga gagal berkesan disebabkan faktor genetik seperti tiadanya strain sel B yang boleh menghasilkan antibodi yang sesuai bertindak balas serta bergabung dengan antigen yang menghasilkan patogen.

Keberkesanan atau prestasi vaksin bergantung kepada beberapa faktor:

  • penyakit itu sendiri (ada vaksinasi yang lebih berkesan terhadap sesetengah penyakit orang lain)
  • strainvaksin (ada beberapa vaksin khusus, atau setidaknya yang paling efektif melawan, strain penyakit-penyakit yang tertentu)
  • sama ada perjadualan vaksin telah dilaksanakan dengan baiknya.
  • Tindak balas pelik terhadap vaksinasi: ada sesetengah golognan yang malar terhadap tertentu, di mana mereka tidak akan menghasilkan antibodi meskipun vaksinasi dilakukan dengan betul.
  • berbagai faktor lain seperti etnik, usia mahupun kecenderungan genetik.

Jika seorang individu yang telah disuntik dengan vaksin menzahirkan penyakit yang bertindak melawan vaksin (breakthrough infection), penyakit ini barangkali kurang menular berbanding pada mangsa-mangsa yang tidak menjalani pemvaksinan.

Vaksin-vaksin telah menyumbangkan kepada pembasmian cacar, salah satu penyakit yang paling berjangkit dan boleh membawa maut kepada manusia. Jangkitan penyakit-penyakit lain seperti rubella, poliodemam campak, gondok, cacar air dan tipus tidak lagi berlaku sekerap seratus tahun yang lalu. Wabak penyakit kini lebih sukar untuk berlaku mahupun tersebar dengan adanya banyak orang yang menjalani vaksinasi. Kesan ini adalah dipanggil imuniti kelompok. Polio, yang dihantar hanya antara manusia, menjadi sasaran sebuah kempen pembasmian meluas yang telah megehadkan perebakan penyakit tersebut kepada kawasan-kawasan tertentu di tiga negara iaitu AfghanistanNigeria, dan Pakistan). Bagaimanapun, kesukaran mencapai semua kanak-kanak serta salah faham dengan masyarakat telah menyebabkan tempoh pembasmian penyakit tersebut dilewatkan beberapa kali.

Kebarangkalian kesan sampingan

Vaksinasi yang diberikan sewaktu usia kanak-kanak biasanya selamat dan kesan buruk yang ada selalunya wujud pada tahap yang sederhana; hal sedemikian kerana tubuh badan bertindak balas menghadapi agen yang disangka menjangkit dan membahayakan badan.

Kadar kesan sampingan yang wujud bergantung kepada jenis vaksin itu sendiri. Kesan yang biasa dan lazim termasuk demam, kesakitan di ruang sekitar serta otot tempat suntikan, mualsakit kepala dan muntah. Sesetengah individu juga boleh mempunyai alahan terhadap bahan-bahan yang ada dalam vaksin.

Kesan sampingan yang ketara amat jarang sekali berlaku.

Jenis-jenis vaksin

Vaksin terdiri daripada organisma yang mati ataupun dinyahaktifkan atau bahan-bahan hasilan yang diekstrakkan daripada mereka.

Terdapat beberapa jenis vaksin yang digunakan. Vaksin-vaksin ini mewakili strategi berbeza yang digunakan sebagai percubaan mengurangkan risiko penyakit sambil mengekalkan kebolehan badan untuk mendorong tindak balas imun yang bermanfaat.

Vaksin yang tidak teraktif

Sesetengah vaksin mengandungi mikroorganisme yang tidak teraktif akibat tindakan kimia, haba, radiasi mahupun antibiotik; contohnya vaksin influenza, vaksin kolera atau taun, vaksin Hepatitis A serta vaksin penyakit anjing gila.

Vaksin yang teratenuat

Sesetengah vaksin mempunyai mikroorganisma yang hidup tapi teratenuat yakni mikroorganisma seperti virus yang telah dihasilkan dalam persekitaran yang membantutkan daya penularan mereka, ataupun yang menggunakan organisme yang sekeluarga tetapi kurang berbahaya untuk menghasilkan tindak balas imun yang lebih meluas. Kebanyakan vaksin yang teratenuat ini bersifat viral, walau bagaimanapun ada juga vaksin yang bersifat bakterial. Antara contoh-contoh vaksin yang berjenis sebegini adalah yang diperolehi dariapada demam kuningdemam campakrubella, serta tifus.

Vaksin toksoid

Vaksin toksoid ialah vaksin yang mengandungi toksoid atau toksin yang sudah dinyahaktifkan. Antara contoh vaksin jenis ini ialah toksoid tetanus dan difteria.

Vaksin subunit

Vaksin subunit mengandungi antigen tulen daripada menggunakan seluruh mikroorganisma (sama ada berupa toksoid, fragmen subseluler, atau molekul permukaan) yang diangkut oleh pembawa yang berbeda. Tindak balas imun terhadap vaksin subunit berbeda berdasarkan antigen yang digunakan. Antigen protein biasanya menimbulkan tindak balas imun adaptif bergantung kepada sel T utamanya sedangkan antigen polisakarida menghasilkan tindak balas yang bebas daripada keberadaan sel jenis.[18] Contoh vaksin subunit: acellular pertussis (aP), Haemophilus influenza type b (Hib), pneumococcal (PCV-7, PCV-10, PCV-13), dan hepatitis B (HepB).

Vaksin konjugat[

Vaksin konjugat dapat didefinisikan sebagai subkelas vaksin subunit kerana adanya penggunaan pembawa protein untuk membawa antigen berasaskan polisakarida.

Penghasilan

Penghasilan vaksin mempunyai beberapa peringkat. Antigen sendiri dihasilkan terlebih dahulu. Virus-virus dibesarkan sama ada di sel utama seperti telur ayam (untuk influenza misalnya) ataupun di baris sel yang berterusan seperti sel-sel manusia berkultur (contohnya vaksin untuk hepatitis A). Bakteria mengalami proses tumbesaran di dalam bioreaktor (contohnya, Haemophilus influenzae jenis b). Protein berkombinasi yang berasal dari virus atau bakteria boleh dihasilkan melaui proses sama dengan ragi, bakteria, atau kultur-kultur sel sebagai bahan mentah.

Selepas antigen dihasilkan, ia diasingkan dari sel-sel penghasil. Virus mungkin perlu dinyahaktifkan tanpa perlunya pembersihan tambahan. Kombinasi protein perlu banyak operasi yang melibatkan ultraturasan dan ruangan kromatografi. Di tahap akhir penghasilan, vaksin dirumuskan dengan penambahan pembantu (adjuvant), penstabil, serta pengawet mengikut keperluan. Pembantu ataupun adjuvant meningkatkan tindak balas imun antigen, penstabil memanjangkan jangka hayat penyimpanan sementara pengawet bertindak membantu penyimpanan vaksin-vaksin dalam botol multidos.

Vaksin berkombinasi lebih rumit untuk dibangunkan dan dihasilkan atas kemungkinan antigen-antigen tidak serasi ataupun mudah bertindak balas dengan bahan-bahan kimia tambahan di dalam vaksin