Kepentingan memakai face mask

Artikel kali ini khusus untuk membincangkan secara lebih terperinci tentang face mask yang pada hari ini ianya telah menjadi sebahagian dari hidup anda seperti mana sebuah telifon bimbit yang dibawa ke mana sahaja anda pergi. Norma baru bagi seluruh dunia dan mahu tidak mahu anda terpaksa mengubah cara hidup sedikit demi sedikit untuk menyesuaikan dengan keadaan sekarang agar tahap kesihatan dan keselamatan anda sentiasa di tangga yang teratas. Apa sebenarnya kepentingan memakai face mask untuk anda dan orang lain?

Statistik keberkesanan face masks kepada Covid-19

Statistik rakyat Malaysia yang memakai face mask di tempat awam dari Februari 2020 sehingga April 2021 menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dengan keseluruhan melebihi 80%.

Ini jelas menunjukkan yang rakyat Malaysia sudah mula menerima kesedaran dan membuka mata tentang kepentingan face masks untuk perlindungan diri dan orang lain di kala virus pandemik ini berleluasa di seluruh dunia khususnya Malaysia

Mengurangkan 95% pernafasan yang menghantar virus sejauh 6 kaki

Kajian terdahulu hanya memberikan isyarat bahawa COVID-19 boleh tersebar dengan titisan cecair dari individu yang positif kepada individu lain. Namun kajian baru-baru ini telah membuktikan penemuan baru bahawa COVID-19 boleh merebak melalui udara walaupun tidak duduk secara berdekatan. Dengan face mask dan double face mask yang telah disarankan oleh kerajaan ia mampu memberikan lapisan demi lapisan perlindungan yang sangat kuat dari tersebarnya virus tersebut kepada orang lain.

Mengelakkan kuman tersebar dari satu individu ke individu yang lain

Bakteria dan virus adalah dua perkara yang berbeza. Persamaan kedua-duanya adalah ia sangat penting dalam dunia perubatan dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Manakala dari segi kesannya, virus akan memberi kesan yang berbahaya keseluruhannya kepada tubuh badan manusia sebaliknya ada di antara bakteria yang baik untuk kesihatan manusia seperti Loctabacillus yang membantu dalam percernaan.

Apa yang sedang dihadapi dunia saat ini adalah anda sedang berdepan dengan virus yang membunuh manusia hampir berjuta-juta orang. Namun begitu, di samping Coronovirus yang memang jelas memberikan risiko yang tinggi kepada mereka yang terlibat dalam masa yang sama bakteria juga boleh merebak sekiranya individu tersebut negatif COVID-19.

Maksudnya di sini sekiranya, individu itu bersin atau batuk tidak semestinya mereka positif COVID-19 selagi tidak disahkan dengan tepat oleh ujian makmal seperti swab test RT-PCR atau RTK Antigen. Mereka yang bersin dan batuk juga boleh mendedahkan orang lain untuk dijangkiti kuman dari cecair titisan yang terkena pada wajah dan anggota badan sehingga menyebabkan orang turut mengalami batuk dan selsema biasa. Dengan pemakaian face mask yang betul, anda sememangnya telah berusaha untuk menghindarkan diri dari virus ini. Ini adalah usaha yang sangat berkesan untuk membantu kerajaan mengurangkan lagi kadar jangkitan dan kematian akibat COVID-19.

Menjaga kesihatan dan keselamatan diri, keluarga, dan orang sekeliling

Siapa sangka dengan sekeping face mask sahaja, anda sebenarnya telah meletakkan diri anda sama ada di ambang bahaya atau sihat sejahtera. Kadang kala masyarakat tahu akan kepentingan face mask ini tetapi kerana mereka mementingkan diri sendiri dan mengambil sikap sambil lewa, segalanya yang mudah telah menyukarkan lagi orang lain.