Bagaimana cara penyimpanan dan membersihkan face mask?
Topeng muka fabrik boleh dibasuh dan digunakan semula untuk beberapa kali tidak seperti topeng muka yang biasa. Namun begitu, masyarakat masih kurang pendedahan tentang cara membersihkan topeng muka ini.
- Basuh dengan tangan:
Topeng muka fabrik lebih menarik dengan reka bentuk dan corak yang sangat berwarna-warni. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati untuk membasuhnya. Jika anda prihatin terhadap warna pelitup guna semula yang dikhuatiri akan melunturkan warna pakaian lain dalam mesin basuh, anda boleh basuh dengan menggunakan tangan. Basuh topeng tersebut seperti biasa dengan menggunakan air dan sabun. Kemudian, bilaskan ia sekurang-kurangnya 20 saat dengan menggunakan air suam.
- Basuh dengan mesin basuh:
Cara ini mungkin mudah dan ringkas bagi anda yang mempunyai kehidupan yang agak sibuk. Namun begitu ia tidak terlalu disyorkan kerana dikhuatiri topeng muka itu akan bercampur dengan kain baju yang lain lalu menimbulkan infeksi yang lebih teruk.
- Basuh dengan di jemur di cahaya matahari:
Mencuci topeng muka sangat penting dan memastikan ia dijemur dalam suhu yang panas juga sama pentingnya kerana anda memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk membunuh patogen (agen yang menyebabkan penyakit, terutamanya organisme halus seperti bakteria dan virus).
- Bila anda perlu tukar topeng muka?
- Apabila impedans pernafasan meningkat
- Apabila topeng terdapat sebarang sebarang koyakan atau kebocoran
- Apabila topeng dan muka tidak dapat dirapati
- Apabila topeng tercemar dengan kotoran darah atau sebarang titisan cecair luar atau dalam
- Apabila anda gunakan topeng ini di wad pengasingan, kuarantin, atau berdekatan dengan pesakit yang telah dijangkiti atau berisiko tinggi