Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.

Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.

Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.

Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)

Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.

Rawatan Dan Pengendalian

Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.