Program pemberian dos penggalak yang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap imunisasi yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas mendapat dos lengkap dan bertujuan memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19. Seperti yang dimaklumkan oleh KKM, dos penggalak atau booster, dos ini bertujuan memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan covid-19. penerima dos ketiga meliputi petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan termasuk pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dan individu yang tinggala tau bekerja di pusat jagaan serta individu dengan komorbid.Tahukah anda, terdapat perbezaan antara dos tambahan dan dos penggalak (booster dose). Dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala booster dose pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.

Program imunisasi COVID-19 kebangsaan remaja berumur 12-17 tahun (PICK REMAJA) dan penubuhan pasukan bertindak imunisasi COVID-19 remaja (COVID-19 immunisation task force - Adolescent, CITF-A)