Pertussis adalah disebabkan oleh bakteria.

Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan kedalam paru-paru anda.

Terdapat banyak faktor risiko untuk batuk kokol. Antaranya ialah:

  • Vaksin batuk ini yang anda terima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan;
  • Anak anda ketika tempoh menerima vaksin. Mereka tidak imun sepenuhnya sehingga mereka menerima sekurang-kurangnya tiga kali suntikan. 

Disebabkan fakta bahawa tanda dan simptom batuk ini tidak muncul pada peringkat awal atau ianya sama seperti penyakit pernafasan yang lazim seperti selsema, atau radang bronkus (bronchitis), diagnosis untuk kondisi anda sukar untuk dibuat.

Jika doktor anda hendak memastikan diagnosis itu betul, anda boleh menjalani beberapa ujian perubatan seperti ujian dan kultur hidung dan kerongkong, ujian darah atau x-ray dada.

Ujian dan kultur hidung dan kerongkong ialah mengambil calitan atau sedut sampel daripada bahagian yang hendak diperiksa dan terbukti mempunyai bakteria pertussis tersebut.

Ujian darah memerlukan sampel darah, kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa bilangan sel darah putih kerana sel ini berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria ini.

X-ray dada boleh diambil untuk mengesan radang atau cecair di dalam paru-paru, yang berlaku apabila pneumonia menjadi komplikasi daripada batuk dan jangkitan pernafasan yang lain.  

Untuk merawat batuk pada peringkat awal, anda boleh menggunakan antibiotik yang membantu membunuh bakteria penyebabpertussis, mengurangkan simptom dan membantu untuk sembuh dengan segera.

Tetapi jika batuk anda didiagnosis lewat, antibiotik sebenarnya masih mampu untuk berfungsi.

Jika batuk anda menghalang anda daripada minum air secukupnya, anda mempunyai risiko mendapat dehidrasi.

Ini adalah masa untuk anda menghubungi doktor dengan segera.

Jika anak anda menghadapi masalah untuk makan dan minum, cecair akan dimasukkan melalui saluran darah jika perlu.

Doktor juga mungkin meminta untuk mengasingkan anak anda daripada orang lain untuk mengelak daripada jangkitan merebak. Jika anak anda sudah membesar, anda boleh memberi rawatan di rumah.

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani pertussis ini:

  • Minum air secukupnya. air, jus dan sup adalah disarankan kepada anda;
  • Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk;
  • Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
  • Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.