Kolesterol adalah sejenis bahan yang terdiri daripada unsur lemak yang dihasilkan pada hati kita. Kolesterol boleh didapati dalam darah dan juga sel-sel badan kita. Badan kita memerlukan kolesterol untuk berfungsi dengan baik. Kadar kolesterol normal menurut hospital di Malaysia adalah kurang daripada 5.2mmol/l. Kadar kolesterol tinggi pula adalah lebih daripada 6.2mmol/l

Terdapat dua jenis kolesterol di dalam badan kita iaitu LDL (Low Density Lipoprotein) dan HDL (High Density Lipoprotein). LDL juga dikenali sebagai “kolesterol jahat” kerana kadar LDL yang tinggi mampu memudaratkan kesihatan. HDL pula dikenali sebagai “kolesterol baik” kerana HDL amat bermanfaat untuk kesihatan kita jika paras HDL adalah tinggi di dalam badan kita.

Berikut merupakan tanda-tanda yang terdapat pada seseorang yang mempunyai kadar kolesterol tinggi di dalam badan mereka:

  • Mudah berasa penat
  • Tekanan darah tinggi
  • Ketulan yang tidak sakit di bahagian mata
  • Ketulan yang tidak sakit di bahagian tangan
  • Buih-buih di air kencing
  • Lapisan minyak di bahagian najis