Mengikut statistik dari NHS United Kingdom, sebanyak 10000 pesakit didiagnos dengan kanser pundi kencing setiap tahun. Rata ratanya adalah perokok
Kanser ini berlaku pada tisu di pundi kencing iaitu organ yang menyimpan air kencing. Setiap tahun sebanyak 45000 lelaki dan 17000 wanita disahkan mengalami kanser ini
Terdapat beberapa jenis masalah kanser ini. Pentingnya untuk tahu jenis kanser ini kerana ia mempunyai sedikit kelainan dari sudut rawatan dan keagresifan kanser tersebut juga berlainan.
- Transitional cell carcinoma. Ini adalah jenis yang kerap ditemui dan bermula dari transitional cell di lapisan dalam tisu pundi kencing. Transitional cell adalah sejenis sel yang boleh merubah bentuknya apabila pundi kencing meregang.
- Squamous cell carcinoma. Ini adalah jenis kanser yang jarang ditemui. Ia bermula dari sel squamous yang terlibat dengan jangkitan ataupun iritasi.
- Adenocarcinoma. Ini juga adalah jenis kanser yang jarang ditemui dan ia bermula daripada glandular sel pada pundi kencing setelah mengelami iritasi yang lama. Glandular sel adalah sel yang menghasilkan mukus.