Kanser gusi adalah salah satu jenis kanser kepala dan leher yang bermula apabila sel di dalam gusi bahagian atas atau bawah tumbuh di luar kawalan dan membentuk lesi atau tumor. Kadang-kala, kanser ini juga boleh disalah erti dengan gingivitis, iaitu penyakit gusi awal. Kanser boleh berupa seperti lesi berwarna merah atau putih dan kelihatan seperti gusi yang tebal.

Punca Kanser Gusi

  • Merokok atau pengunaan bahan tembakau lain
  • Penyalahgunaan alkohol
  • Berusia lebih 35 tahun
  • Iritasi kronik pada mulut
  • Kekurangan diet iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Jangkitan virus Human Papilloma (HPV)
  • Golongan lelaki
  • Kebersihan mulut yang teruk

Simptom Kanser Gusi

Doktor gigi adalah individu yang pertama sekali yang boleh mengesan tanda-tanda kanser gusi, ketika permeriksaan rutin gigi. Namun begitu, anda boleh mengenal pasti sendiri keadaan gusi anda dengan memeriksa dan melihatnya jika terdapat sebarang perubahan. Antara simptom biasa masalah ini adalah:

  • Tompok putih, merah, atau gelap pada gusi
  • Gusi berdarah atau merekah
  • Bahagian tebal pada gusi
  • Perubahan dari segi rasa
  • Kesukaran untuk makan
  • Kehilangan gigi atau gigi palsu tidak muat
  • Ketulan kekal
  • Bengkak kalenjar limfa pada leher
  • Bau mulut busuk