Kebanyakan belia di taman berhampiran PI menunjukkan minat dalam bidang perniagaan makanan. Paling popular dan banyak terdapat di taman ini adalah gerai burger. Selain itu terdapat juga belia yang mempunyai modal lebih besar yang membuka kedai runcit dan kedai makan. Sebagai anak muda yang lahir pada zaman teknologi, mereka menyediakan khidmat penghantaran makanan selepas mengiklankannya di pages,facebook dan whatsapp. Ternyata lahir di zaman serba maju banyak memberi kelebihan kepada generasi hari ini