Peniaga dalam talian semakin hari semakin bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini kerana faktor kekangan kos hidup dan juga kerana kos penggunaan internet yang murah. Sesiapa sahaja mampu melanggan internet untuk memasar dan mempromosikan barangan yang di jual. Selain itu, golongan ini makin bertambah kerana makin ramai yang telah mempunyai kerja tapi mahu menjana pendapatan lebih dan mengisi masa senggang. Disamping itu juga, adalah kerana faktor permintaan tinggi produk-produk yang berada di pasaran. Harga barangan yang dijual dalam talian juga jauh lebih murah dari harga pasaran.