Nurazura binti Azman mula berniaga tudung berjenama Kekaboo secara online sekitar setahun lalu. Pada awalnya beliau mempromosikan produk tersebut kepada rakan sepejabat sahaja. Lama-kelamaan, Azura mula sedar kelebihan berniaga secara maya. Pernigaannya makin berkembang selepas mencipta laman Facebook untuk mempromosikan tudung yang di jual. Urusan lebih mudah dan cepat kerana tudung yang di jual adalah tudung jenama terkenal dan menjadi kegilaan wanita pada masa kini. Ternyata jualan dan keuntungan beliau semakin meningkat selepas mempromosikannya di internet. Azura bercadang untuk menambah produk jualan lain seperti produk kecantikan selepas modal beliu mencukupi.