Herningsih binti Zainal Abidin merupakan warga Indonesia suatu ketika dahulu. Namun setelah lama menetap di Malaysia dan berkahwin dengan orang temnpatan, beliau telah memperoleh kerakyatan di sini. Beliau memulakan perniagaan menjual tudung sebagai dropshipper, iaitu hanya mengambil pesanan pelanggan, urusan pos di lakukan oleh pihak supplier. Keuntungan pada masa iti hanyalah lebih kurang RM100.00 seminggu. Setelah mempunyai ramai kenalan, beliau pula yang menjadi supplier kepada orang lain. Beliau membekalkan pakaian bundle dari luar negara. Jualan tudung n produk kecantikan masih di teruskan, tetapi dalam kuantiti yang besar. Selain itu, beliau turut menjual barang kemas dan pelbagai produk harian yang lain. Ternyata dengan kuasa Facebook, Wechat dan Pages sangat membantu dalam perjalanan beliau menuju kejayaan dalam perniagaan.