Kelas Agama KAFA terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Taman Muhibbah. Terdapat dua kelas KAFA, iaitu di Taman Muhibbah dan Taman Harmoni. Kelas KAFA di Taman Harmoni untuk pelajar Tahap 1 manakala kelas KAFA di Taman Muhibbah untuk pelajar Tahap 2. Kelas bermula jam 2.30 dan berakhir pada jam 5.30 petang.

OBJEKTIF KAFA

  1. Untuk mewujudkan suatu sistem kelas pengajia Al-Qur'an dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh negara.

    2. Untuk memastikan kanak-kanak di negara ini yang berumur antara 6 hingga 12 tahun dapat membaca Al-Qur'an dengan baik/betul dan dapat mempelajari serta mengamalkan perkara-perkara asas yang menjadi fardhu kepada seseorang Islam.

    3. Untuk memperkukuhkan asas pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah kebangsaan bagi memastikan murid-murid di sekolah tersebut mencapai tahap tinggi dalam pendidikan dan pengetahuan agama ISlam, khususnya kemahiran dalam pembacaan Al-Qur'an dan beramal dengan perkara-perkara yang fardhu