Bendera Malaysia atau nama rasminya Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.

Bahagian segi empat (atau kanton) yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia; kanton tersebut mengandungi anak bulan yang melambangkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan (seperti yang telah tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia). Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-raja Melayu.

Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia