Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Bahasa Inggeris: Rubber Industry Smallholders Development Authority, RISDA) ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Penubuhan ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.
Tanggungjawab
- Mentadbir kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanam Semula) yang di tubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman semula 1952).
- Mengurus dan mengendali sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan dibawah peruntukan bahagian Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula 1952 dan
- Merancang dan melaksanakan segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.
Tugas
- Melaksana segala pembaruan pertanian yang diperolehi dari penyelidikan
- Berkerjasama dan berhubung dengan semua agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemerosesan dan pemasaran getah demi mewujudkan dan mempercepatkan permodenan sektor pekebun kecil
- Menjalankan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor pekebun kecil dengan benih-benih yang mengeluarkan hasil yang tinggi mengikut cara yang disyorkan dan sistematik
- Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dapat dimodenkan dari segala aepek bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil
- Mendapatkan dan meyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan sektor pekebun kecil
Kumpulan Sasar seramai 425,739 pekebun kecil getah dan kelapa sawit di Semenanjung Malaysia. Jumlah keseluruhan 959,661 orang merangkumi ahli isi rumah termasuk isteri dan anak yang bakal menjadi generasi kedua
RISDA melaksanakan strategi pembangunan seperti berikut:
- Menumpukan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil pemilik pengusaha seramai 201,057 orang
- Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan
- Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang secara individu
- Melaksanakn projek ekonomi onfarm berasaskan kehendak pasaran untuk menambah pendapatan
- Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya maju dan memiliki budaya kerja yang cemerlang dan,
- Mendekatkan RISDA kepada kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat-pejabat cawangan di kawasan tumpuan pekebun kecil
- Mewujudkan saluran pemasaran yang lebih cekap untuk hasil keluaran pekebun kecil.
Program dan Aktiviti
- Tanam semula
- Pengembangan
- Semaian
- Pemulangan wang ses Estet
- Sosial dan institusi
- Peningkatan ekonomi
- Sumber kewangan